Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • VIT’S SUMBANG DANA BANTU PERSATUAN KARYAWAN DI KONSERT AMAL “THE LEGENDS”
  • News

VIT’S SUMBANG DANA BANTU PERSATUAN KARYAWAN DI KONSERT AMAL “THE LEGENDS”

Helmi Aziz June 4, 2024 (Last updated: June 4, 2024) 2 minutes read
WhatsApp Image 2024-06-04 at 12.37.21 PM (1)

Persatuan Karyawan Malaysia telah mengadakan majlis makan malam amal untuk mengumpul dana bagi tabung mereka. Majlis ini bertujuan untuk membantu ahli persatuan yang menghadapi kesulitan, termasuk golongan belakang tabir dan individu yang terlibat dalam pelbagai aktiviti seni di Malaysia. Dato’ Freddie Fernandez, presiden persatuan, mengumumkan dengan gembira bahawa lebih dari RM 100,000.00 telah berjaya dikutip melalui hasil jualan meja, yang akan memberi manfaat kepada lebih dari 100 ahli persatuan.

VIT’S, sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah berdiri sejak tahun 1975, turut tergerak untuk membantu. Mereka memberikan sumbangan dana sebanyak RM 50,000.00 kepada Persatuan Karyawan sebagai tanda sokongan kepada komuniti seni. “VIT’S ingin bersama-sama membentuk komuniti yang menghargai sumbangan seni dan memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya,” kata En YT Lai, Pengarah Eksekutif VIT’S.

Tidak hanya memberikan sumbangan kewangan, VIT’S juga bekerjasama dengan penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim untuk menghasilkan produk baru – Ramen Asam Laksa Ibu. Setiap pembelian produk ini akan menyumbangkan RM 1.00 kepada Persatuan Karyawan, dengan harapan dapat membantu ahli persatuan yang memerlukan bantuan.

Produk Ramen Asam Laksa Ibu dilancarkan dalam sebuah konsert amal yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Melaka Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengarah Eksekutif VIT’S Encik YT Lai, dan Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim. Semua ini adalah langkah positif dalam memberi sokongan kepada komuniti seni tempatan yang berjasa.

Konsert yang bermula pada jam 8 malam tersebut telah menyatukan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Dato’ Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribu penonton yang terdiri dari penderma yang turut bersama turun padang berhibur sambil memeriahkan konsert ini.

VIT’S turut menghidangkan menu “Ramen Asam Laksa Ibu’ di mana pengunjung boleh merasai sendiri produk tersebut. Produk keluaran terbaharu boleh didapati melalui aplikasi TikTok Shop vits_official.

Segala informasi sila lawati www.vitsnoodles.com untuk maklumat lanjut.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MALAM GALA IBU INSPIRASI MINGGUAN WANITA DAN NONA ‘SEHEBAT WANITA INI’
Next: Filem Perjalanan Pembuktian Cinta, sebuah filem dari Indonesia yang diadaptasi daripada sebuah novel

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.