Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Surah al-Insan refleksi kehidupan manusia ke arah lebih baik

Surah al-Insan refleksi kehidupan manusia ke arah lebih baik

Helmi Aziz November 17, 2023 2 minutes read
Program Road To QuranHour Convention Surah Al-Insan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook QuranHour pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Erfino

Program Road To QuranHour Convention Surah Al-Insan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook QuranHour pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Erfino

SHAH ALAM – World #QuranConvention 5.0 mengetengahkan surah al-Insan sebagai refleksi kepada orang ramai untuk muhasabah diri dan mengubah asas kehidupan ke arah lebih baik sejajar dengan al-Quran.

Pensyarah Kanan, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Dr Mohd Erfino Johari berkata, surah berkenaan seperti konsep pantulan jika difahami dengan lebih mendalam setiap ayat dan seolah-olah sedang melihat diri sendiri di cermin.

“Keadaan itu umpama melihat sesuatu yang ada dan tujuannya mengubah bukan kepada keadaan yang kita mahu tetapi selari dengan ketetapan ALLAH SWT berkaitan hal dunia dan akhirat.

“Surah ini juga mengajar umat manusia mengenai erti ketamadunan dan kemanusiaan yang sebenar antaranya peradaban, susun atur dan keutamaan dalam kehidupan iaitu al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Road To QuranHour Convention Surah Al-Insan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook QuranHour pada Rabu.

Poster rasmi World #QuranConvention yang akan diadakan pada 2 Disember akan datang.

Poster rasmi World #QuranConvention yang akan diadakan pada 2 Disember akan datang.

Program berkenaan dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Bayyinah Institute berpangkalan di Dallas, Texas bertemakan ‘Serve to Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insan’ akan berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang pada 2 Disember ini.

Tambah Mohd Erfino, ALLAH SWT akan sentiasa terus memberi ujian kepada manusia tetapi bukan hanya dalam bentuk musibah malah dari segi kesenangan yang dimiliki.

Menurutnya, surah tersebut memberikan beberapa kriteria dan panduan untuk membentuk jati diri yang diperlukan oleh seseorang ketika menghadapi ujian sehingga berjaya menyelesaikannya.

“Ia mengajar dan membekalkan kepada sesorang apa yang perlu dilakukan supaya terus beriman kepada ALLAH SWT dan membantu mereka untuk mencari cara untuk masuk ke syurga ALLAH SWT.

“Selain itu, surah ini juga mengandungi panduan ringkas khususnya untuk manusia menjadi individu yang mempunyai moral baik atau mengajar mereka memelihara hubungan baik sesama manusia,” ujar beliau.

Sinar Harian

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang empat peratus tahun ini
Next: Sony Unveils Three Wireless Microphones with Exceptional Sound Quality, Lightweight and Unparalleled Portability

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.