Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Drink
  • Pepsi dan ZUS Coffee Bergabung Tenaga Bagi Memperkenalkan Dua Minuman Sensasi Terbaharu
  • Drink

Pepsi dan ZUS Coffee Bergabung Tenaga Bagi Memperkenalkan Dua Minuman Sensasi Terbaharu

Helmi Aziz November 7, 2023 (Last updated: December 19, 2023) 4 minutes read

Alami gabungan perisa baharu dengan Pepsi Sour dan Pepsi Cloud! Dihasilkan khas oleh Pepsi dan ZUS Coffee, rakyat Malaysia kini boleh merasai minuman pilihan sempurna ini di seluruh negara

Bulan September ini, bersedia untuk sebuah pengembaraan kafein unik yang bakal tiba di cawangan ZUS Coffee seluruh negara melalui kolaborasi menarik antara Pepsi dan ZUS Coffee. Penggemar kopi kini boleh menikmati dua varian minuman eksklusif, Pepsi Sour dan Pepsi Cloud, yang pastinya menjanjikan kelainan yang memuaskan kepada pengalaman kopi biasa anda.

Dalam kerjasama yang julung kali dilaksanakan, Pepsi dan ZUS Coffee telah bekerjasama untuk menghasilkan gabungan minuman dengan rasa berlainan namun istimewa; Pepsi Sour – sentuhan kreatif pada gabungan klasik Pepsi dan kopi yang menyegarkan, minuman pilihan yang sempurna pada bila-bila masa sepanjang hari. Kerjasama ini juga bakal menampilkan Pepsi Cloud – ciptaan yang lazat dari nostalgia klasik iaitu ‘vanilla float soda’ dengan sentuhan moden yang menggabungkan rasa hebat Pepsi, dan “Velvet Crème”, sentuhan istimewa ZUS Coffee yang pastinya akan membuat pelanggan terus menginginkan minuman ini. Minuman ini bukan sekadar menggabungkan dua perisa berbeza, tetapi turut menggabungkan dua dunia menjadi SATU (ONE) dengan rasa luar biasa yang akan mengubah pengalaman minuman kopi biasa anda.

Kedua-dua minuman eksklusif ini kini di pasaran, telah bermula pada 25 September 2023. Sebelum pelancaran eksklusif di kedai, kedua-dua varian minuman eksklusif ini juga tersedia untuk pembelian pra-pelancaran mulai 22 September 2023 di 290 cawangan di seluruh negara melalui aplikasi Grab. Pengguna Grabfood mendapat akses awal dengan memilih bahagian khas melalui seksyen ‘Untuk Anda’ di aplikasi tersebut.

Bagi menambah keterujaan para penggemar kopi, Pepsi dan ZUS Coffee turut memperkenalkan elemen interaktif yang bakal menarik perhatian pelanggan. Di beberapa cawangan ZUS Coffee, sebuah mesin layan diri dengan rekaan istimewa daripada ZUS Coffee & Pepsi bakal tersedia bagi memberi pelanggan peluang untuk mendapatkan produk edisi terhad daripada kempen kolaborasi yang sedang berjalan. Mesin layan diri ini boleh didapati di beberapa cawangan terpilih ZUS Coffee; Mid Valley, IOI Rio City, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras Leisure Mall, Kota Damansara, Sri Gombak, IOI Conezion dan Seksyen 13, Shah Alam.

Untuk memenangi produk edisi terhad ZUS x Pepsi, pelanggan boleh mendapatkannya menerusi dua langkah mudah. Mereka hanya perlu membeli minuman menggunakan aplikasi ZUS Coffee atau di mesin layan diri di cawangan terpilih!

Sekiranya pelanggan ingin mendapatkannya sebagai hadiah, mereka perlu membuat pilihan untuk mengambil minuman di kedai, dan salah satu minuman adalah daripada varian Pepsi ZUS Coffee, dengan pembelian nilai minimum RM30 dalam satu pesanan di aplikasi ZUS Coffee.

Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin layan diri di cawangan terpilih, anda hanya perlu membeli dua minuman, dan memilih daripada varian tersebut untuk mendapatkan kod unik. Imbas kod untuk mengambil bahagian dalam cabaran dan dapatkan produk Edisi Terhad ZUS x Pepsi sebaik sahaja anda menyelesaikannya!

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan, berkata, “Pepsi amat teruja untuk bekerjasama bersama ZUS menerusi kolaborasi yang luar biasa bagi membawa pelanggan kami minuman yang unik melalui varian Pepsi Sour dan Pepsi Cloud. Ia pastinya akan menghiburkan citarasa anda. Kolaborasi bersama ZUS Coffee ini merupakan satu inisiatif untuk kami mencipta inovasi perisa yang unik yang jarang dicipta. Melalui kreativiti serta penyelidikan, kami telah menggabungkan dua jenis minuman yang sangat berbeza, dan kami berharap akan membawa keterujaan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.”

Naib Presiden Pembangunan dan Pemasaran ZUS Coffee, Stephy Foong, berkata “Kolaborasi ini merupakan satu penghormatan kepada ZUS Coffee untuk bekerjasama dengan jenama multinasional seperti Pepsi untuk membawa rasa yang menarik dan mencipta gelombang, bukan sahaja buat citarasa kita semua, tetapi juga dalam inovasi minuman kerana inovasi dan komuniti adalah dua perkara yang cukup penting bagi ZUS Coffee, dan kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada rakan kongsi Pepsi melalui kolaborasi ini.”

Kolaborasi Pepsi dan ZUS Coffee akan berlangsung dari 22 September 2023 hingga 22 Oktober 2023, memberikan penggemar kopi peluang untuk berkunjung ke mana-mana cawangan ZUS Coffee bagi menikmati rasa Pepsi Sour dan Pepsi Cloud yang menyegarkan!

Pastikan anda turut serta bagi merasai kolaborasi eksklusif ini yang direka untuk menyemarakkan citarasa anda! Rasai gabungan rasa berani baharu gabungan Pepsi dan kopi. Kunjungi kami di cawangan ZUS Coffee terpilih di seluruh negara.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: TrullyCaffe: Penjagaan Berat Badan Sihat Melalui Pelancaran Rasmi Produk Terbaru
Next: VIVO 5G SMARTPHONES SALE 50% DISCOUNT

Related Stories

LUV06127
  • CONCERT
  • Drink
  • Entertainment

Fattah Amin & NEX: Gaya Hidup Aktif Bermula Dengan Seteguk Kesegaran

Helmi Aziz June 30, 2025
Fruity Series x Honor of Kings: Kopi Bertemu Permainan
  • Collabration
  • Drink
  • Launching

Fruity Series x Honor of Kings: Kopi Bertemu Permainan

Helmi Aziz June 9, 2025
TL_RasaRuihEventPhoto_03
  • Drink
  • Launching

Tealive Lancar Minuman Sachet 3-Dalam-1 Untuk Nikmati Bila-Bila Masa, Di Mana Jua

Helmi Aziz June 5, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.