Daripada karya-karya yang digarap menjadi candu telinga serta jiwa sehinggalah melahirkan album yang dulunya hanya mimpi, perjuangan yang sukar dan tidak mudah tetapi membuahkan hasil yang manis dengan satu demi satu pencapaian. Tanpa sedar, saat tembang Aku Tenang, Fana Merah Jambu, Kita Pasti Tua dan Zona Nyaman masih menjadi peneman penggemar, Fourtwnty siap memperkenalkan album ketiga. Nalar, begitu judul album ketiga yang diisi 10 buah lagu. Maksudnya sederhana; sentiasa, selalu, namun pengisian Nalar membawa mesej cukup besar. Mengangkat mesej atau tema mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental, Nalar tidak hanya mahu diperdengarkan lewat telinga dan mata di medium kaca televisyen juga telefon pintar tetapi Fourtwnty dengan bangga memperkenalkan album ini secara berdepan. Fourtwnty “Nalar” Tour begitu dengan bangga diperkenalkan siri jelajah yang menyaksikan Ari Lesmana, Asep Nurohman, Andika Dwi Putra Arman, Primanda Ridho dan Ryan Maulana siap menyapa penggemar di beberapa kota atau negeri terpilih. Lebih mengujakan Fourtwnty “Nalar” Tour menyaksikan kugiran yang dikenal dengan genre pop folk dan lirik puitis ini buat pertama kali memasukkan beberapa negeri di Malaysia dalam siri rangka promosi. Sebelum Malaysia, Fourtwnty “Nalar” Tour terlebih dahulu menyapa penggemarnya di Capitol Theatre, Singapura pada 7 Oktober 2023. Warga Pahang, siap-siap menyambut jaguh kalian pada 13 Oktober bertempat di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan. Buat penggemar di Johor Bahru yang telah lama menantikan Fourtwnty menebarkan pesona mereka di bandaraya ini, jangan sampai terlepas Fourtwnty “Nalar” Tour yang dijadual berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor pada 15 Oktober depan. Fourtwnty “Nalar” Tour kemudian dibawa naik ke Utara, khususnya di Pulau Pinang pada 20 Oktober 2023 di Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang Tidak lengkap siri jelajah Fourtwnty “Nalar” Tour tanpa singgah di Kuala Lumpur. Maka siap sedia menyambut Fourtwnty di ZEPP Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. “Melakukan siri jelajah di beberapa kota di Malaysia adalah sebuah rencana yang luar biasa mampu dilaksana Fourtwnty. Tidak kita sangka mimpi itu bisa dilaksana lewat album ketiga kami, Nalar setelah beberapa siri persembahan sebelum ini hanya di Kuala Lumpur. “Sampai jumpa nanti, Nalar tidak sabar untuk diraikan bersama-sama,” ujar Ari Lesmana. Larasuka telah menjadi senjata pertama dari Nalar yang terus membuai emosi dan melekat di jiwa. Selain Nalar, album yang digarap bersama penerbit sekian lama yang bekerja dengan Fourtwnty, Andi, juga diisi dengan satu-satunya lagu bahasa Inggeris iaitu High. Ia turut diisi dengan beberapa karya yang telah dirilis sejak 2020 iaitu Nematomorpha, Kursi Goyang dan Mangu yang memperkuatkan isi Nalar. Bercakap tentang mesej mengenai penderitaan seseorang hingga persoalan mental yang diisi dalam Nalar, Ari menyifatkan album ketiga yang dirilis ini sebagai ubat. “Nalar adalah sebuah ubat buat kalian yang mungkin punya sesuatu hal yang tidak bisa disembuhkan, ubat ini kami racik sedemikian rupa,” katanya. Jangan sampai terlupa temujanji anda dengan Fourtwnty pada tarikh-tarikh dan destinasi yang ditetapkan. Fourtwnty “Nalar” Tour – Malaysia Tiket- tiket untuk Malaysia akan mula dijual pada 5 September 2023 di www.myticket.asia. Kuantan Tarikh: 13 October 2023 Lokasi: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang Tiket Diamond (Standing) – RM175 Platinum (Free Seating) – RM 125 Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum) Johor Tarikh: 15 October 2023 Lokasi: Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor Tiket Diamond (Standing) – RM200 Platinum (Free Seating) – RM150 Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum) Pulau Pinang Tarikh: 20 October 2023 Lokasi: Vervea Trade and Exhibition Centre (VTEC), Batu Kawan, Pulau Pinang Tiket Diamond (Standing) – RM200 Platinum (Free Seating) – RM150 Add on – Meet & Greet – RM300 (+ Diamond or Platinum) Kuala Lumpur Tarikh: 22 Oktober 2023 Lokasi: Zepp, Kuala Lumpur Tiket Meet & Greet (VIP Box) – RM500 Diamond (Standing) – RM225 Platinum (Standing) – RM150 Gold (Premium Seats) – RM 225 Gold (Seated) – RM150 FOURTWNTY “NALAR” TOUR Tiket: www.myticket.asia Tiket Hotline: 03 8605 0196 Info Hotline: 012 2560082 Instagram: @shirazprojects TikTok: @shirazprojects Facebook: @shirazprojects Laman Web: www.shirazprojects.com Sponsors & Partners Official Radio: HotFM Official Ticketing: MyTicket Asia #fourtwnty #Hiburan #NalarTour #AlbumNalarTourMalaysia #AlbumNalarTourSingapore Post navigation Pelancaran Global Green Smart Planet berlangsung di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur A Tablet That’ll Help You Follow Your Inspirations: The Galaxy Tab S9 Series