Segmen Terhangat Minggu ini akan mengumumkan prestasi terbaik setiap minggu, dan pemenang akan memperoleh ganjaran wang tunai RM5,000. Pemenang dipilih menggunakan skor gabungan 30% daripada undian dalam talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara dan 70% daripada hakim tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my ‘Terpaling Juara’ mempertaruhkan 3 kapten yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL. Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara! Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital. Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit. Hos Program Haziq Hussni dan Shiha Zikir Juri Tetap Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff Juri Jemputan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kapten & peserta Kapten Akim Ahmad Hazami Aqeesh (Aqeesh Aleeya) – Tersingkir pada episod 6Kapten Hael Husaini Rahmad Mega Shaz (Shazreen Shaharum)Kapten Naim Daniel Ifa Raziah – tersingkir pada episod 4 Aqmal (Aqmal Ramdan) Senarai Pemenang & Hadiah Juara – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM100,000 Rahmad Mega (Kapten Hael) Tempat kedua – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 50,000 Aqmal (Kapten Naim) Tempat ketiga – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 30,000 Hazami (Kapten Akim) Tempat keempat – Trofi & Hadiah Wang Tunai RM 10,000 Shaz (Kapten Hael) Post navigation ‘YOLO MALAYSIA: NOAH LIVE IN KL’ WARM THEIR WINTER, “FLAG OFF” PROJEK PENGUMPULAN PAKAIAN MUSIM SEJUK UNTUK PELARIAN SYRIA