Buffet Ramadan Jelajah Selera Bersama Hotel Hilton Garden Inn Puchong

Hilton Garden Inn Puchong mengalu-alukan tetamu untuk berbuka puasa di Garden Grille’s  ‘The Taste Of Malaysia’ yang bertemakan bufet makan malam yang akan  menampilkan makanan kegemaran Malaysia yang istimewa.

Makan malam buffet ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Jelajah Selera Bersama Hilton’ di seluruh negara oleh Hotel Hilton di Malaysia. diilhamkan oleh budaya dan warisan masakan Malaysia yang unik, tema tahun ini menyeru semua penggemar makanan untuk meneroka citarasa ikonik Malaysia. Jelajah selera bersama Hilton ini membuktikan bahawa Malaysia menonjol sebagai pusat kepelbagaian di Asia.

Pandemik telah mengajar kita untuk menghargai masa bersama orang tersayang. Ini kerana keluarga dan rakan-rakan akhirnya dapat berkumpul dan merangkul semangat perayaan tahun ini, Hilton Garden Inn Kuala Lumpur menjemput semua untuk bersama-sama dengan mencipta kenangan baru ketika mereka memulakan pengembaraan kulinari pada ramadan ini. Kata Pengarah Pemasaran Dan Komunikasi Hilton, Eungene Oelofse.

Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan rempah ratus yang berkualiti, bufet bertema Taste of Malaysia menampilkan senarai hidangan istimewa Malaysia yang mesti dicuba. Senarai tersebut termasuklah pembuka selera dan salad seperti Aneka Kerabu, Aneka Ulam, Aneka Sambal, Aneka Keropok dan Kerepek, campuran Salad Hijau (Mesclun Mix) dan Bubur Lambuk Ayam.

Antara hidangan utama yang disediakan ialah Ayam Berlada, Daging Masak Lemak, Ikan Asam Pedas, Sambal Udang Petai, Sotong Masak Halia, Kobis Goreng Udang Kering, Sambal Tempe Dan Nasi Putih.

Selain itu, terdapat 7 gerai makanan juga disana. Gerai yang pertama menyediakan Sup Soto Ayam, gerai kedua pula adalah “Pasta Station” iaitu Aglio Olio atau Carbonara dengan pilihan pasta kegemaran anda. Gerai yang ketiga pula menyediakan Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Gulai Ayam, Daging Kerutuk, Gulai Telur Rebus, Acar Jelatan Dan Acar Timun. Gerai keempat merupakan gerai Bakar-Bakar antaranya Kaki Kambing Panggang, Ayam Percik, Sate Ayam, Sate Daging, Kuah Kacang, Air Assam, Kuah Percik Dan Cili Kicap. Gerai kelima menyediakan Sup Utara manakala gerai keenam menyediakan Kacang Pool Johor dan akhir sekali gerai ketujuh Cendol, Pulut Manga Cendol Durian, Cendol Pulut Hitam, Cendol Mangga Dan Pulut Mangga.

Selain itu, mereka juga menyediakan sudut minuman dengan Aneka Air Balang, Air Mata Kucing, Soya, Cincau , Tebu, Bandung Selasih. Minuman panas pula air kopi dan teh. Selain itu, ada Manisan  seperti Brownies, Fruit Tart, Cake, Donut Coklat, Blueberry Cheese Cake dan aneka kuih melayu seperti Kurma, Burbu Pulut Hitam, Burbur Cha-Cha pelbagai buah-buahan tropikal dan pelbagai jenis biskut.

The taste of Malaysia bufet akan diadakan di Garden Grille bermula 9 April sehingga 30 April 2022 dari 6.30pm sehingga 10.00 malam. Harga yang ditawarkan RM 98+ dewasa dan RM50+ kanak kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Untuk pemegang kad kredit rakan kongsi akan menikmati diskaun 10% . Untuk bil korporat (3 April hingga 30 April) dan tempahan berkumpulan dengan 20 pax dan ke atas (9 April hingga 30 April) boleh menikmati diskaun 20% untuk bufet. Tempahan awal perlu dibuat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60380841299, email KULPUL FB@hilton.com or www.EatDrinkHilton.com