NASI HUJAN PANAS Bahan-Bahan: 4 cawan beras basmati4 cawan air1 cawan susu cair 2 helai daun pandan (simpul)1 kiub ayam4 ulas bawang merah (ditumbuk) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1cm halia (ditumbuk) Rempah 4 sekawan (Bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis) MinyakPewarna merah,hijau dan kuningHirisan ketumbar,gajus dan kismis Cara – cara memasak: Beras dicuci bersih dah direndam selama 1 jam (setengah jam pun boleh). Kemudian toskan.Masukkan air dan daun pandan ke dalam periuk nasi.Dalam periuk yang berasingan, panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan & bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan beras,susu cair dan kiub ayam dan kacau sehingga sebati.Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi yang telah dimasukkan air tadi. Kacau-kacau beras. Bila nasi sudah masak buat lubang kecil-kecil pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan hijau.Gaul sehingga pewarna tadi bercampur dengan nasi. Taburkan daun ketumbar, gajus dan kismis sebelum dihidang. AYAM MASAK MERAH Bahan – bahan: 1/2 ekor ayamsedikit garam kunyit Bahan kisar: 4-5 biji cili kering1 cm halia2 ulas bawang putih1 labu bawang besar1 biji tomato-potong dadu1/2 cawan sos tomato Bahan hias: 1/2 biji bawang besar- potong bulatKacang hijau secukupnya Cara – cara memasak: Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masakTumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah masukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Gaulkan sehingga serata kuah dan ayam.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api. RENDANG DAGING Bahan-bahan: 60gm Serbuk Kari Daging100gm Kerisik Kelapa (digoreng sehingga kuning keemasan)1kg Daging4 helai Daun Limau Purut2 helai Daun Kunyit3 batang Serai1 liter Santan2 keping Asam Keping1 ketul Gula Melaka250ml AirGaramMinyak Bahan-bahan Dikisar: 7 biji Bawang Merah5 biji Bawang Putih10 biji Cili Padi4cm Kunyit Hidup4cm Halia2cm Lengkuas Cara – cara memasak: Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga naik bau.Masukkan daging dan serbuk kari daging.Masukkan santan, daun limau purut, daun kunyit, asam keping, serai dan air.Kacau rata sehingga air mendidih. Tambahkan gula melaka dan kerisik kelapa.Perlahankan api dan mereneh selama 1 jam setengah.Hidangkan dengan Nasi Himpit. SAYUR LODEH/LONTONG Bahan-bahan: 500gm Udang (saiz sederhana)50gm “Fucuk” (direndam sehingga lembut)50gm “Suhun” (direndam sehingga lembut)100gm Tempe (dipotong kepingan)150gm Lobak Merah (dipotong panjang 1.5 inch)150gm Kacang Panjang (dipotong panjang 1.5 inch)3 batang Serai2 ketul Taukua (dipotong dadu dan digoreng)1 liter Santan500ml AirGaramMinyak Bahan-bahan Dikisar: 2 biji Bawang Besar10 biji Bawang Merah 5 ulas Bawang Putih2cm Kunyit Hidup30gm Udang Kering Cara Memasak: Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga naik bau. Masukkan udang dan santan. Kemudian, tambahkan air. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan tempe, lobak merah, kacang panjang dan “Fucuk”.Masak selama 3 minit.Tambahkan serai dan taukua.Masak dengan api sederhana. Masukkan “Suhun”. Hidangkan semasa panas. Post navigation Rekaan kontemporari kurta Buranku YB GOBIND KONGSI KECERIAAN RAMADAN BERSAMA WARGA POS MALAYSIA