Kuala Lumpur, 26 Februari 2019 – Vivo hari ini telah melancarkan model V15Pro yang baharu di Malaysia. V15Pro adalah model pertama Vivo selepas NEX yang menggabungkan Kamera Depan Meningkat Pertama. Model ini dikemas kini dengan teknologi AI, membawa pengguna telefon pintar skrin penuh yang menakjubkan dengan pembantu peribadi pintar yang memahami dan memenuhi keperluan mereka.
Vivo sekali lagi melangkaui jangkaan pengguna telefon pintar dengan meningkatkan pengalaman mudah alih dengan tambahan siri terbaru V yang mampu dimiliki itu yang banyak memuatkan teknologi mewah yang biasanya hanya terdapat dalam telefon yang paling mahal sahaja. Selain menambah Kamera Depan Meningkat, V15Pro juga menggunakan teknologi canggih seperti Kamera AI Triple yang mengambil pro-fotografi pada telefon pintar ke peringkat yang lain, ditambah dengan pengimbasan Cap Jari.
Mengambil inspirasi daripada model NEX, V15Pro masih menggunakan Kamera Depan Meningkat tetapi lebih hebat. V15Pro menggunakan 32MP kamera depan yang mampu menangkap gambar yang lebih baik dengan kejelasan yang tidak dapat ditandingi. Vivo15Pro juga telah mengemas kini reka bentuk bagi memastikan kamera cukup kuat untuk menahan penggunaan seharian. V15Pro juga menggabungkan teknologi pengimbasan cap jari Vivo yang popular, di mana ia telah digunakan selama 5 generasi dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan kecanggihan algoritma yang membolehkan pengguna untuk membuka telefon mereka dengan cara yang lebih selamat.
tanpa pengimbas cap jari di penutup belakang telefon yang licin dan menggunakan reka bentuk spektrum yang unik dan mempunyai 2 warna iaitu Topaz Blue atau Coral Red, yang juga mencerminkan warna yang berbeza pada sudut yang berbeza, melengkapkan inovasi futuristik yang ditempatkan di dalam V15PRO.
Vivo juga akan mengadakan jualan Superday V15Pro pada 2 Mac 2019 di Sunway Piramid di mana pengunjung awal akan menerima drone selfie percuma (dan kotak hadiah vivo).