KERJASAMA MYNIC & LELONG.MY BAKAL MEMACU EKONOMI DIGITAL

KERJASAMA MYNIC & LELONG.MY BAKAL MEMACU EKONOMI DIGITAL

MYNIC adalah syarikat yang terhad oleh jaminan (CLG), yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

MYNIC adalah pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Sebagai nama domain peringkat kebangsaan, MYNIC menyediakan organisasi dan individu Malaysia identiti jenama unik mereka di Internet. Mereka mendaftarkan pelbagai nama domain seperti .my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my.

Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dengan pesat, ekonomi digital merupakan salah satu pemacu terbaharu bagi negara untuk membentuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Ekonomi digital merupakan trend baharu di dalam dunia perniagaan, dengan peningkatan jumlah individu, organisasi, syarikat dan pelabur yang mengadaptasikan maklumat dan pengetahuan digital sebagai salah satu factor utama kejayaan di dalam mencapai matlamat perniagaan mereka.

Pada 15 Februari 2019 telah diadakan sidang media bersama menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di bawah program Coffee with YB Minister KKMM. Program ini diadakan di Lelong.my Education Centre, Puchong dan program ini merupakan sati inisiatif bersama MYNIC & Interbase Resource Sdn Bhd (Lelong.my).

Kerjasama ini merupakan sokongan kepada Pelan Strategik KKMM 2019 – 2023 untuk Ekosistem Ekonomi Digital. MYNIC merupakan pemegang peranan penting di dalam pemacu Ekonomi Digital dan ICT ke arah menjadi negara membangun dengan memainkan peranannya sebagai pendaftar dan pentadbir nama domain .my.

Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri KKMM dan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KKMM, YBhg. Datuk Hasnul Fadhly Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC dan Encik Richard Tan, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Interbase Resources Sdn Bhd (Lelong.my).

MYNIC akan berusaha untuk membolehkan dan memperkasakan perniagaan dan industri untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital menerusi pembangunan industri nama domain sebagai sebahagian daripada infrastruktur ICT di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *