
Jetro mahu promosi bidang baharu pelaburan di Malaysia
PERTUBUHAN Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berhasrat untuk memperdalam kerjasama antara syarikat Jepun dan Malaysia selaras dengan bidang-bidang pertumbuhan baharu dalam era selepas pandemik. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Jetro, Nobuhiko Sasaki berkata, Dasar Pandang Ke Timur (LEP) telah membina persefahaman dan hubungan yang kukuh antara syarikat-syarikat Jepun dan Malaysia untuk merebut peluang perniagaan baharu…