SEMPENA KEMPEN MELAWAT MALAYSIA 2026 WORLD GOURMET INGIN MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM KALANGAN CHEF DAN PENGUSAHA RESTORAN TEMPATAN 

SEMPENA KEMPEN MELAWAT MALAYSIA 2026 WORLD GOURMET INGIN MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM KALANGAN CHEF DAN PENGUSAHA RESTORAN TEMPATAN 

PETALING JAYA, 1 NOVEMBER – Timbalan  Menteri Pelancongan, Seni & Kebudayaan Khairul Firdaus Akbar Khan , World Gourment berhasrat meningkatkan kemahiran para chef dan tukang masak restoran tempatan, bantu promosi industri makanan & minuman di Malaysia. Beliau merasmikan kempen tersebut pada malam anugerah World Top Gourmet Awards ke-5(WTGA) ajuran World Gourmet. Acara tersebut diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya semalam. Hal ini dilaksanakan sempena kempen Visit Malaysia 2026. Selain itu, kempen ini telah dirasmikan  dalam Belanjawan 2024.

Sejak penubuhannya pada tahun 2017, WTGA telah menjadi sumber yang berharga bagi penduduk tempatan dan pelancong, membimbing mereka ke pelbagai pengalaman makanan yang menyelerakan, dari kafe antarabangsa hingga ke restoran tempatan. Anugerah ini memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman kulinari dengan menyediakan sebuah platform yang mempromosi dan memberi cadangan kepada sesiapa yang ingin menyelami seni makanan di Malaysia yang kaya dan pelbagai.

Khairul, dalam ucapan perasmiannya, menekankan, “Seperti yang kita semua tahu, Malaysia terkenal sebagai syurga makanan, lebih-lebih lagi dengan makanan kita yang disulami tradisi dan warisan budaya yang beraneka. Kekayaan dan kepelbagaian makanan kita menjadikan Malaysia sebagai pentas ideal untuk mengetengahkan negara kita di mata dunia. Pengusaha sektor makanan & minuman kita bukan sekadar menyajikan makanan kepada pelanggan, tetapi mereka menceritakan kisah, tradisi, dan warisan budaya kita melalui masakan, mendorong pertumbuhan sektor pelancongan dan budaya kita.”

Seiring dengan tahun baru 2024 yang bakal tiba, World Gourmet telah menyusun beberapa inisiatif utama untuk meningkatkan kemahiran para chef dan penguasa restoran tempatan. Inisiatif-inisiatif ini termasuk penyediaan bengkel, program latihan yang dikendalikan oleh chef terkenal, pertukaran kulinari dengan penyertaan chef dan restoran tempatan, pertandingan memasak, dan penganjuran festival makanan yang mempromosikan hidangan global. World Gourmet akan bekerjasama dengan badan-badan pelancongan tempatan untuk merangka pakej-pakej percutian yang menampilkan restoran-restoran di negeri-negeri tertentu, dengan tujuan menonjolkan hidangan tempatan yang unik serta berinteraksi dengan komuniti tempatan melalui inisiatif seperti majlis amal, pengumpulan dana, dan program bimbingan untuk memberikan penerangan kepada komuniti yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan kulinari.

Presiden World Gourmet, Peggy Chong, berkata, “World Gourmet percaya bahawa makanan adalah cerminan budaya, warisan, dan sejarah. Melalui seni kulinari tempatan, kita dapat menggabungkan budaya dan memberi peluang sesama kita untuk memahami dan menghargai satu sama lain. Tahun ini, World Gourmet menerima sambutan yang amat luar biasa dalam penamaan, yang membolehkan kami menilai dan memberi anugerah kepada 102 penerima – rekod terbanyak dalam sejarah World Gourmet. Penerima-penerima ini mewakili yang terbaik dalam industri kita, dan dedikasi dan semangat mereka benar-benar patut dipuji.”

Di samping itu, World Gourmet juga telah melantik Presiden Persatuan Chef Sedunia, Master Chef Thomas A. Gugler sebagai Chef Kehormat, dan Master Chef Chin Chee Sing (Chef Sun) sebagai Duta World Gourmet 2023, yang akan menyertai inisiatif-inisiatif yang bakal dilaksanakan pada tahun 2024.

Selain itu, chef-chef ternama seperti Duta Tourism Malaysia, Dato’ Chef Ismail Ahmad, pengasas Cooking For Charity, Master Chef Jeffrey Tan; ketua chef eksekutif restoran Forum di Hong Kong yang memegang 3 Bintang Michelin, Master Chef Adam Wong, antara lainnya, merupakan nama-nama terkemuka yang hadir pada majlis anugerah malam tadi. Anugerah World Top Gourmet Awards 2023 menjadi wadah untuk World Gourmet terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan menyokong lebih dari 300 restoran tempatan dan, menurut Peggy, pertubuhan tersebut berhasrat untuk memperluaskan liputan sokongan ini kepada 500 pemain industri pada tahun yang mendatang.