Samsung Malaysia perkenal siri Galaxy S24 dipacu teknologi AI

Samsung Malaysia perkenal siri Galaxy S24 dipacu teknologi AI

Samsung Malaysia perkenalkan Siri Samsung Galaxy S24 yang membuka lembaran baharu untuk kategori peranti mudah alih dipacu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI). Foto Samsung

Samsung Malaysia perkenalkan Siri Samsung Galaxy S24 yang membuka lembaran baharu untuk kategori peranti mudah alih dipacu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI). Foto Samsung

SAMSUNG Malaysia memperkenalkan Siri Samsung Galaxy S24 yang baharu baru-baru ini, membuka lembaran baharu untuk kategori peranti mudah alih yang dipacu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Siri Samsung Galaxy S24 dilengkapi dengan Galaxy AI, menawarkan pengalaman AI mudah alih yang komprehensif, dikuasakan oleh AI yang tersedia dalam peranti dibangunkan di Samsung dan AI berasaskan awan, dijayakan melalui kerjasama terbuka dengan rakan industri lain.

“Daripada evolusi telefon mudah alih asas dengan keupayaan terhad kepada telefon pintar, kami kini akan membuka lembaran baharu untuk kategori mudah alih dengan AI, bermula dengan telefon Galaxy AI.

“AI pada amnya terkenal dengan ciri-ciri pembantu pintar, fungsi chatbot dan pengecaman muka,” menurut Samsung Malaysia dalam kenyataan.

Sumber