Mydin raikan kepelbagaian kaum – Sinar Harian

Mydin raikan kepelbagaian kaum – Sinar Harian

Setiausaha Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Anbumani Balan (sembilan dari kiri); Ameer Ali (tengah) dan Pengarah Urusan Taaka Lee Sdn Bhd, Kv Morgan (lapan dari kiri) bergambar bersama sebahagian rakan strategik pada pelancaran Sambutan Ponggal Bersama Bombay Bazaar yang diadakan di Pasaraya Mydin di Subang Jaya pada Ahad. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

MAJLIS pelancaran sambutan Ponggal bersama ‘Bombay Bazaar’ di rangkaian pasar raya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) di sini berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai segmen masyarakat India.

Majlis diserikan dengan persembahan seni dan kebudayaan masyarakat India seperti persembahan instrumen musik Veena daripada Kabbil Raaj, membuat ‘kolam’ dan memasak Ponggal.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, Mydin sebagai rangkaian pemborong dan peruncit tempatan yang amat dekat di hati pengguna, sentiasa meraikan kepelbagaian budaya dan kaum di negara ini.

“Sambutan ponggal ini adalah acara tahunan yang kami anjurkan bagi menzahirkan penghargaan kepada pelanggan kaum India di samping mengajak pelbagai kaum untuk bersama-sama mengukuhkan semangat perpaduan kaum di negara kita.

Sumber