Hariz Fayahet terkenal dengan nyanyian OST kini mengeluarkan lagu terbaru berjudul ‘Sinar Sunyi”

Hariz Fayahet terkenal dengan nyanyian OST kini mengeluarkan lagu terbaru berjudul ‘Sinar Sunyi”

Hariz Fayahet memulakan penglibatan dalam seni muzik sejak 2015 dan dikenali sebagai penyanyi yang sering menyumbangkan lagu-lagu OST untuk drama-drama TV3. Kini, lagu terbarunya, ‘Sinar Sunyi’, telah dipilih sebagai lagu tema untuk drama ‘Menanti Senja’ yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam mulai semalam.

Lagu ‘Sinar Sunyi’ telah berkumandang di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 2 Januari lalu. Lirik lagu ini berkisarkan tentang memori percintaan sepasang kekasih yang telah melalui pelbagai cabaran dan tentangan daripada orang sekeliling. Mereka cuba mempertahankan hubungan cinta mereka dan percaya sinar sunyi yang dihadapi mereka pasti akan bertukar menjadi sinar bahagia buat selamanya.

Kehadiran penerbit drama ‘Menanti Senja’ iaitu Hariff Ahamat, di studio rakaman telah memberi semangat kepada Hariz Fayahet untuk menghayati lagu ini. Lirik dan alunan melodi ‘Sinar Sunyi’ hasil karya Omar K, Iqie Hugh dan Shazriq Azeman mengambil masa 3 hari dan diinspirasikan melalui plot drama serta karektor pelakon yang membintangi drama ini.

Menurut Omar K, “‘Sinar Sunyi’ sangat serasi dengan Hariz kerana keunikan tona suara yang bukan sahaja berjiwa, malah dapat mengisi ruang lagu dengan feel pop dan ala ala rock balada dalam lagu pop yang lebih bertemakan orchestral. Hariz juga seorang yang kecil kecil cili api kerana mempunyai suara epic. Hariz telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan lagu ini dan ramai yang tertunggu-tunggu akan vokal mantap yang dimiliki oleh Hariz.”

Sebagai rekod, Hariz Fayahet telah mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak tahun 2015 dan pernah memasuki pelbagai pertandingan. Antaranya menjadi Naib Juara dalam program realiti TV3 iaitu Program Lagu Cinta Kita 3 (LCK 3). Dengan kemenangan ini secara automatik beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records. Antara lagu OST yang pernah dibawakan oleh Hariz adalah lagu ‘Pergi’ OST bagi drama ‘Hati Yang Tersakiti’ (2020), ‘Seribu Gundah’ OST drama ‘Risik Pada Hati’ (2021), lagu ‘Ku Cuba OST drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ (2022), lagu Gelora OST drama ‘Segenap Takdir’, lagu ‘Buat Ku Setia’ OST drama ‘Aku Yang Kau Sakiti’ (2023) dan yang terbaharu ‘Sinar Sunyi’ OST ‘Menanti Senja’ (2024).

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu SINAR SUNYI  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Turut disertakan lirik lagu SINAR SUNYI::

Lagu: Sinar Sunyi

Penyanyi: Hariz Fayahet

Komposer & Lirik : Omar K, Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Verse

Mengigilnya tubuh ku

Mengingati diri mu

Kelam Jiwa

Terokai cintai kita

 

Mana pergi dirimu

Masihkah kau milik ku

Tanpa arah

Tetap asyik ku kejar degup-degup

 

PRE CHORUS

Cintai…

Kita..

Yang t’lah hilang…

 

 

CHORUS

Walau awan merebah

Aku akan bercahaya

Cerahkan malam mu

Tanpa kau menyedari ku

 

Kini takkan mengalah

Aku akan  percaya

Sinar sunyi ini

Tak akan lagi

Tak akan kembali

 

BRIDGE

Puas ku mengalah, bersalah

Aku percayakan

Duka lara yang mencengkam hati

Takkan ku ulang dan ulang takkan kembali.