Ringgit mengukuh susulan ketegangan geopolitik, harga minyak meningkat

Ringgit mengukuh susulan ketegangan geopolitik, harga minyak meningkat

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan potensi kenaikan harga minyak susulan daripada ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7100/7190 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 pada Jumaat lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, jika terdapat impak yang ketara terhadap bekalan dan harga minyak, ringgit dijangka mencatatkan pergerakan meningkat yang ketara, mengatasi prestasi mata wang serantau dari segi perdagangan.

“Potensi kenaikan harga minyak boleh memberi sokongan kepada ringgit apabila mengambil kira konteks perbandingan silang mata wang.

Sumber