PNB Ilham Resort Port Dickson
PNB Ilham Resort Port Dickson mempunyai daya tarikan tersendiri berbanding dengan resort lain yang terdapat disekitar Port Dickson. Resort ini terletak di pinggir Cape Rachado (Tanjung Tuan), menghadap Selat Melaka dan kira-kira 18 km dari bandar Port Dickson.
PNB Ilham Resort
Resort ini menyediakan kawasan meletak kereta yang luas untuk para pengunjung. Luaran resort ini sahaja telah memukau hati,mari tinjau ke dalam resort pula.
PNB Ilham Resort menawarkan 65 unit apartment dan bilik hotel yang lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan, bilik tidur,televisyen dan telefon. Setiap bilik di sini sangat selesa dan amat sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun sahabat handai.
Manakala restorannya berkonsepkan tradisional Melayu Malaysia. Kepada pengunjung yang ingin percutian berkonsepkan kampung wajib mencuba hidangan disini.
Dewan Makan di PNB Ilham Resort
Ini adalah antara sajian yang dihidangkan disini. Antaranya lauk Rendang, Ayam Masak Merah, Masak lemak cili padi, Sambal Tempoyak, Ulam-ulam, Sambal Udang dan lain-lain lagi. Makanan ini dihidangkan pada dua sesi iaitu sesi sarapan pagi dan makan malam. Kepada pencinta makanan Melayu Tradisional boleh mencuba rasa asli makanan Melayu Malaysia. Manakala, pertama kali ingin mencuba adalah dinasihatkan mencuba dalam kuantiti yang sedikit dahulu kerana terdapat lauk pauk yang pedas. Selamat mencuba.
Makanan Melayu Tradisional
Beberapa aktiviti riadah turut disediakan bagi pengunjung yang suka beriadah. Selain itu, berdekatan dengan resort ini, terdapat hutan rekreasi iaitu Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari resort ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini seperti ‘ jungle tracking ‘, ‘ nature walk dan melawat tapak Cape Rachado Light House. Percutian anda akan diwarnai dengan keindahan alam semulajadi dengan habitat flora dan fauna yang tidak tercemar .
Tempat-tempat lain yang menarik untuk dilawati sekitar sini adalah Muzium Tentera Darat, Muzium Kota Lukut, Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan Pasar Malam Sabtu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian: