Pelancaran Lagu dan Muzik Video Terbaharu Fitri Haris “Berjuang Menang Bersama”

Pelancaran Lagu dan Muzik Video Terbaharu Fitri Haris “Berjuang Menang Bersama”

Lagu single terbaru fitri haris “Berjuang Menang Bersama” membawa mesej pengharapan “doa dalam lagu’. Lirik yang dihasilkan mempunyai sentuhan doa kepada-Nya agar para barisan hadapan diberi kekuatan dalam setiap langkah perjuangan mereka. Fitri Haris berharap lagu-lagu yang mempunyai nilai kemanusiaan lebih dikenali para pendengar dan diangkat lebih tinggi agar para pendengar seiring dengan tema-tema muzik lain seperti cinta dan sebagainya. Sebagai tenaga pendidik,Dr.Fitri Haris merasakan amat penting memberikan suntikan sedikit sebanyak pendidikan lirik lagunya tersebut.

Berhasrat memberikan sedikit kelainan, lagu ini terhasil dengan kerjasama daripada pemuzik di Indonesia dan Malaysia. Lagu ini juga dicipta oleh Fitri Haris sendiri bersama rakan seninya, Epy Shafik dan pemuzik dari Indonesia, Ryan Egi.

Inspirasi ini telah dicipta setelah bagaimana rakan terdekatnya iaitu Dato’ Mohamad Nafidz bin Abdul Razak dan Datin Ummul Khairiyah bin Abdul Rahman dari Megaklinik Zahran mengharungi serta berkorban memberi bantuan dijadikan satu inspirasi kepada rakyat Malaysia dari dahulu sehingga kini. Kata-kata dari Instagram story milik Dato’ Nafidz yang pernah dibaca oleh Fitri Haris adalah tertulis “berjuang dan Menang Bersama” adalah satu ketika dahulu telah memberi inspirasi bagaimana setiap bait bait lirik yang terhasil dijadikan kisah perjuangan barisan hadapan yang tidak mengenali erti penat tanpa mengira siang dan malam.

Tidak terbalas dengan jasa dan peranan untuk barisan hadapan, Fitri Haris telah menghadiahkan lagu ini kepada semua barisan hadapan dan Megaklinik Zahran secara khususnya yang dilihat telah memberikan informasi dan juga banyak membantu terutama pada ketika dilanda pandemic Covid-19.