MR D.I.Y anjur kempen ‘Kembali ke Sekolah’

MR D.I.Y anjur kempen ‘Kembali ke Sekolah’

MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menganjurkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’ dengan menawarkan pelbagai jenis keperluan perlindungan peribadi dan barangan sekolah bermula 1 Mac hingga 22 Mac ini pada harga yang rendah.

Ketua Pemasaran Kumpulan, Alex Goh berkata, diskaun sehingga 40 peratus diberikan bagi membolehkan ibu bapa dan pendidik menjimatkan wang sambil memastikan anak-anak mempunyai semua keperluan.

“Sebagai peruncit tempatan, kami mahu terus melakukan yang terbaik untuk rakyat. Itu termasuk memberikan sokongan kepada pelanggan kami yang sedang melalui rintangan iaitu pandemik Covid-19 ini.

“Dengan kerisauan ibu bapa untuk menghantar anak mereka kembali ke sekolah di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan bimbang tentang peningkatan kos, kami memutuskan untuk memulakan inisiatif kempen ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ibu bapa dan guru boleh mengunjungi kedai MR D.I.Y untuk mendapatkan barangan perlindungan diri seperti pelitup muka pada harga hanya RM1.70 (10 keping), pelindung muka, dan cecair pembasmi kuman tangan.

Tambahnya, mereka juga boleh membeli keperluan sekolah seperti stokin, kasut dari harga RM8.90 hingga RM12.90, bekas makanan pada harga RM5.90, set alat tulis dan beg sekolah.

“Kami juga sedar bahawa sesetengah pelajar kadangkala belajar dari rumah jika mereka terdedah kepada virus atau mempunyai ahli keluarga yang terjejas.

“Jadi kami juga telah memasukkan ‘Harga Sentiasa Rendah’ ​​pada produk elektronik seperti fon telinga, mikrofon, pad tetikus, papan kekunci tanpa wayar, tetikus tanpa wayar, penahan komputer riba dan juga kamera web untuk membantu pelajar,” ujarnya.

Dengan cara ini, katanya, dapat dipastikan ibu bapa mempunyai ketenangan fikiran, dan pelajar dapat terus belajar seperti biasa.

Tambah beliau, kempen ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran MR D.I.Y. tersebut boleh didapati di MR D.I.Y. terpilih, MR TOY dan MR Dollar di seluruh Malaysia, termasuk dalam talian di mrdiy.com.my.

Sumber