Nusantara Fashion House lancar butik digital Februari depan

Nusantara Fashion House lancar butik digital Februari depan

Sheikh Faleigh (belakang, kanan), Deden Muhammad Fajar Shiddiq (belakang, tengah) dan Yien Yee (belakang, dua dari kiri) pada Majlis MoU di pusat beli-belah Strand pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Sheikh Faleigh (belakang, kanan), Deden Muhammad Fajar Shiddiq (belakang, tengah) dan Yien Yee (belakang, dua dari kiri) pada Majlis MoU di pusat beli-belah Strand pada Isnin. – Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

BUTIK fesyen dari Indonesia, Nusantara Fashion House dengan kerjasama Easy Store akan melancarkan butik digital bermula Februari tahun depan.

Pengasas Nusantara Fashion House, Sheikh Faleigh Sheikh Mansor berkata, jualan secara dalam talian itu dilaksanakan berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan yang berminat membeli barangan dan produk dari negara jiran tersebut.

“Sebelum ini, banyak artis tempatan serta pempengaruh datang cari baju untuk majlis-majlis tertentu dan apabila orang lain nampak mereka pakai, ada pelanggan dari Terengganu telefon kami untuk dapatkan fesyen yang sama.

“Permintaan ini semakin bertambah terutamanya daripada pelanggan selain negeri Selangor, jadi kami akan menyediakan katalog fesyen melibatkan baju, kasut, barangan antik Indonesia dan perhiasan rumah di dalam pelbagai platform digital dengan perkhidmatan Easy Store.

Sumber