Sentimen risiko masih lemah, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Sentimen risiko masih lemah, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada Isnin.

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, memandangkan sentimen risiko masih lemah bagi unit domestik susulan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi selain kebimbangan mengenai unjuran ekonomi China, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6920/6965 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, Presiden Rizab Persekutuan (Fed) Now York, John Williams mengatakan bahawa terlalu awal untuk pegawai mempertimbangkan penurunan kadar faedah seawal Mac.

Beliau berkata, pasaran berkemungkinan menyambut baik keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) baru-baru ini secara berlebihan berbanding unjuran mereka.

Sumber