PKNS rangkul anugerah pemaju rumah mampu milik terbaik Asia

PKNS rangkul anugerah pemaju rumah mampu milik terbaik Asia

Mahmud (tiga dari kiri) bersama-sama wakil PKNS menerima anugerah pemaju rumah mampu milik terbaik (Asia) sempena Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia 2023 yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-
baru ini.

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merangkul anugerah pemaju rumah mampu milik terbaik (Asia) sempena Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia 2023 yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahmud Abbas berkata, kejayaan itu dianggap satu lagi penanda aras yang mencerminkan kepakaran dan komitmen PKNS dalam usaha menyediakan perumahan terbaik, berkualiti dan mampu dimiliki kepada masyarakat khususnya di Selangor.

Menurutnya, pengiktirafan itu juga menandakan dedikasi dan usaha bersungguh-sungguh daripada seluruh pasukan PKNS yang terlibat dalam setiap fasa projek pembangunan perumahannya.

“Pemenang di seluruh Asia bersaing untuk mendapatkan markah kecemerlangan tertinggi dalam pembangunan, pembinaan, seni bina dan reka bentuk hartanah pada peringkat akhir majlis ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sumber