Lebih 25 Penyanyi Sertai program “ DARI KAWAN UNTUK KAWAN “

Lebih 25 Penyanyi Sertai program “ DARI KAWAN UNTUK KAWAN “

Ibnor Riza dan Zaiton Sameon, dua penghibur legenda dari 1980-an, kini ditimpa kesusahan dan tidak dapat meneruskan profesion sebagai vokalis, yang merupakan sumber pendapatan mereka. Ibnor Riza baru-baru ini didapati menghidap kanser, lumpuh pita suara, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit kepala dan paras kolesterol berbahaya, manakala Zaiton Sameon didapati mengalami kerosakan otak traumatik akibat kejadian yang berlaku lebih 30 tahun lalu, yang meninggalkannya. cacat fizikal.

Atas sifat prihatin , lebih 25 penghibur seperjuangan berkolaborasi bagi mengadakan Jam Session secara santai dalam format “Busking” yang diselenggarakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan DBKL bagi tujuan kutipan amal ini.

“Kami rakan-rakan seperjuangan amat bersimpati diatas keadaan yang menimpa Ibnor , rakan sepentas puluhan tahun dan mendapati beliau tidak lagi mampu menyanyi seperti biasa. Dengan demikian kami cuba merealisasikan acara ini dan tak sangka lebih 25 rakan-rakan seperjuangan menunjukkan komitmen untuk membantu didalam persembahan santai ini . Kami tahu beliau amat-amat memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos rawatan dan juga kos sampingan . Juga kutipan ini bakal diserahkan juga bagi membantu Kak Zaiton Sameon “ Ujar Datin Salwa Abdul Rahman

Dengan demikian kami ingin menjemput semua peminat seni tanahair untuk bersama-sama pada Ahad ini 19 Mac 2023 bermula jam 12.00 Tengahari hingga 5.00 Petang di Santai Seni@TAR di Jalan Tunku Abdul Rahman – berhadapan KAMDAR.

Para artis yang terlibat terdiri dari Rohana Jalil . Datin Salwa Abd Rahman, Zur Eda, Haiza, Salimah Mahmood , Isma AF , Rizal Ahmad ,Azian Mazwan, Rina Eva, Sheeda, Wan Chapters, Syed Aziz, Jaafar Onn , A.Razak Ismail, Helmi Gimmick , B3rtiga Band , Radhi Khalid ,Afee Utopia , Dato Malek Ridzuan , Shah Efendy , Aris Ariwatann ,Hasnol GV, Isa Gravity , Nas Adila dan Azmir Arif .

Bagi yang tidak dapat hadir boleh juga menyumbang melalui butiran akaun seperti berikut :

No. Akaun : 3108024130 (Public Bank)

 Nama Akaun: Persatuan Karyawan Malaysia .