Karnival anjuran GanoFarm erat hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti sains

Karnival anjuran GanoFarm erat hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti sains

MENJELANG 16 Jun ini, Karnival Hari Ibu Bapa akan diadakan Sunway Nexis Mall, Kota Damansara bagi eratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak melalui pengetahuan dan aktiviti sains.

Karnival bertemakan ‘Love in Caring Hands’ ini dianjurkan Ganofarm R&D Sdn Bhd (GanoFarm) bersama VMS Malaysia Sdn Bhd, Bioeconomy Corporation, Malaysian Biotechnology Information Centre (MABiC) dan Princeread Academy.

Pengerusi program, Magnus Mong berkata, karnival ini merupakan platform ibu bapa meluangkan masa menemani anak-anak sambil mendedahkan mereka ke dunia sains.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival ini, termasuk pameran, kiosk foto dan pemeriksaan kesihatan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge