Hayati Ramadan, Meriahkan Aidilfitri Bersama 16 Selebriti Popular #Seikhlas Hati

Hayati Ramadan, Meriahkan Aidilfitri Bersama 16 Selebriti Popular #Seikhlas Hati

Tema “Seikhlas Hati” telah dipilih untuk pelancaran kempen Ramadan Raya 2022 pada 20 Mac yang lalu oleh Rangkaian Televisyen Media Prima menerusi saluran TV3 dan TV9 dengan penyajian program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup untuk tatapan penonton sepanjang Ramadan ini. 

Seramai 16 selebriti popular tanah air telah terpilih untuk menghiasi kempen Seikhlas Hati serta menjayakan program-program istimewa yang akan disiarkan di bulan Ramadan dan Syawal akan datang.  Di TV3, Fedtri Yahya, Sharifah Rose, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Haqiem Rusli, Aina Abdul, Nabila Razali, Meerqeen, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Hael Husaini dan Andi Bernadee.  Barisan selebriti yang tersenarai sebagai wajah di TV9 pula adalah Datuk Rosyam Nor, Aprena Manrose, Mark Adam dan Kim Hassan. 

TV3 dan TV9 telah menyediakan pelbagai variasi program yang menarik khas untuk tontonan sepanjang Ramadan ini.  Menjadi suatu kemestian tayangan program ini di saluran TV3 pada setiap Ramadan yang dinantikan oleh penonton setianya iaitu program Jejak Rasul yang memaparkan pengembaraan Fedtri Yahya ke zaman Tanah Melayu di mana Raja-raja Melayu dikuasai oleh imperialisi Inggeris dan menyaksikan pemimpin alim ulama yang telah mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan serta maruah agama dan bangsa menerusi program Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul II bermula 01 April 2022 pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang.

Program bual bicara berkaitan topik-topik menarik berkaitan Ramadan dan Raya yang bersiaran pada jam 11.00 malam, setiap Rabu dan Khamis iaitu Sembang Sahur menampilkan penyanyi tersohor Aina Abdul dan Haqiem Rusli sebagai artis jemputannya.

Sebuah drama komedi bakal menghiasi slot Azalea iaitu ‘Mem dan Bibik-Bibik’ menerusi slot Azalea bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 2.00 petang.  Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Do You Love Me, Captain?” di Slot Lestary bermula 13 April 2022, setiap Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam lakonan Sharifah Rose sebagai Daneena yang terpaksa berkahwin secara olok-olok demi menyembunyikan diri daripada rancangan jahat makciknya itu.

Gandingan mantap Fasha Sandha dan Nelydia Senrose dapat disaksikan menerusi sebuah drama bersiri “Khilaf Asmara” yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 18 April 2022 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10.00 malam.  Saksikan bagaimana Hanim menangani krisis rumah tangganya apabila dia dikhianati oleh Irma yang disayangi dan dipercayai selama ini?

Beralih di saluran TV9 pula, saksikan program Sembang Viral Mega pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor bersama panel ustaz dan selebriti jemputan yang membincangkan dan mengupas isu-isu semasa yang tular di media sosial dari perspektif agama islam secara santai.

Ayuh berhibur dengan gelagat Mark Adam, Aprena Manrose dan ramai lagi pelakon hebat tanah air dalam drama bersiri “30 Hari Sebelum Raya” yang mengisi slot Diandra sepanjang bulan Ramadan ini bermula 29 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 8.30 malam.

Para penonton juga jangan ketinggalan untuk mengikuti program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai di platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seikhlas Hati bersama-sama Kim Hassan.