PENGISIAN PENGESANAN MYSEJAHTERA

PENGISIAN PENGESANAN MYSEJAHTERA

Sebanyak lebih 2 juta status vaksinasi rakyat Malaysia yang direkodkan dalam MySejahtera akan kembali kepada status “Tidak Divaksinasi” selepas tengah malam 1 April 2022.

Ada diantara rakyat Malaysia yang tidak termasuk dalam kumpulan diatas telah memilih untuk mendapatkan hak mereka melindungi badan mereka daripada suntikan bahan ujian terapi gen yang efikasinya masih belum terbukti diberikan secara paksaan. Jumlah yang dilaporkan dikatakan ratusan ribu.

Rakyat Malaysia berhak mengikut undang-undang, untuk menuntut bukti keselamatan ubat terapi gen ini yang telah diluluskan untuk kegunaan tempatan dibawah EUA. Bukti saintifik yang disyaratkan sebagai ‘Golden Standard’ masih belum didapati.

Kini masih belum wujud bukti saintifik bahan ujikaji terapi gen ini yang mempunyai efikasi untuk mereka yang positif Covid dari virus Omicron dan bukti-bukti telah menunjukkan walaupun omicron lebih mudah untuk merebak, ia tidaklah berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Akibat varian ini yang dianggap tidak lebih hanya sebagai demam biasa.

Rakyat mempunyai hak untuk kehidupan selamat seperti yan gdiperuntukan dalam perlembagaan persekutuan, oleh yan gdemikian, PPIM merayu YAB Datuk Seri, sebagai Perdana Menteri, supaya bertindak  menghentikan aplikasi MySejahtera tertakluk kepada bukti saintifik yang membuktikan bhawa pengesanan kontak itu perlu dalam keadaan sekarang.

Pengakuan KJ yang beliau tidak mempunyai kaitan dengan MySejahtera hanya setelah menjadi Menteri Kesihatan adalah satu penipuan yang jelas dan tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh dianggap sebagai perbuatan khianat. MySejahtera telah bersamanya sejak beliau masih di MOSTI lagi serta pendaftaran, perolehan dan kempen pelancarannya.

Beliau juga terlibat secara peribadi dalam semua aspek pembangunan, perlaksanaan dan juga pelancaran MySejahtera.

Sebagai Menteri kesihatan, Khairy telah mengumumkan bahAWA kira-KiRA 2.5 juta orang akan hilang status vaksinasi lengkap bermula 1 april 2022.Ahli-ahli PPIM dan juga seluruh rakyat seperjuangan inigin memberi peringatan tegas kepada Khairy suapaya tidak meneruskan niatnya yang telah diacukan kepada mereka yang tidak mahu mengambil dos penggalak. Dengan lebih 10 juta pengikut, PPIM yakin bahawa suara mereka akan didengari dan dipersetujui oleh rakyat khususnya mereka yang teraniaya oleh program vaksinasi kebangsaan samada secara terus atau sebaliknya.  

Khairy sedang memaksa orang ramai untuk mengambil vaksin lebihan dan memanggilnya dos penggalak dan perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana dia sendiri telah mengesahkan tiada paksaan untuk pengambilan vaksin dan pengambilan dos penggalak juga adalah secara sukarela.

Namun dengan memberikan ugutan bahawa 2.5 juta warganegara yang tidak mengambil dos tambahan vaksin itu akan hilang status vaksinasi mereka, keadaan bakal menjadi huru-hara apabila golongan ini bakal diskriminasi oleh pelbagai majikan, AJK surau dan masjid, malah untuk berurusan di jabatan kerajaan juga, mereka akan menghadapi masalah.