CEO NAZA terima pingat darjah kebesaran Perancis

CEO NAZA terima pingat darjah kebesaran Perancis

CEO untuk Kumpulan Automotif Naza, Datuk Samson Anand George, menerima pingat darjah kebesaran Ordre National du Mérite daripada kerajaan Perancis.

Duta Perancis ke Malaysia, Frédéric Laplanche menyampaikan anugerah tersebut kepada Samson atas jasa-jasa beliau kepada industri automotif negara Eropah tersebut.

Hubungan Naza dan Peugeot bermula seawal tahun 2006 dengan projek CKD untuk model Peugeot 206 (Naza Bestari) dan sekarang Naza dan Groupe PSA telah bergabung untuk operasi kilang pemasangan kenderaan pusat pengeluaran Aseannya di Gurun, Kedah.

“Saya benar-benar terharu dan dihormati dikurniakan sebagai Ordre Du Mérite kebangsaan, satu pengiktirafan oleh kerajaan French Republic.

“Kami berharap mempertingkatkan peluang-peluang perniagaan dan lebih banyak kerjasama kerajaan Perancis dan syarikat dalam industri automotif,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge