Tercetusnya idea dan inspirasi pembikinan filem “Warkah” ini bermula daripada kiriman sepucuk surat oleh seorang remaja kepada Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed. Melalui coretannya, remaja tersebut telah menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih atas bantuan dan jasa baik PERKESO dalam membantu kehidupan keluarganya hingga dia berjaya memperoleh kejayaan dalam pelajarannya. Diadaptasi daripada sebuah kisah benar, “Warkah” bakal menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 15 Ogos depan. Filem arahan Opie Zami akan mengetengahkan pelakon cilik baharu dalam industri seni tanah air. Rayyana Rayga, 5 tahun, memegang watak Hana, anak bongsu kepada Kamil (lakonan Namron). Lakonan Rayga dijangka bakal meruntun jiwa sentimental penonton. Penyandang watak- watak utama ialah Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana, Wafiy dan Rayyana Rayqa. Filem “Warkah” mengisarkan kehidupan sebenar seorang remaja, Ikmal (lakonan Wafiy), pelajar cemerlang yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Ketika saat menghampiri ambang peperiksaan, ayahnya Kamil (lakonan Namron) ditimpa kemalangan mengakibatkan lumpuh seluruh badan. Ikmal mula bergelut dengan cabaran kehidupan. Namun, kehadiran Cikgu Nur (lakonan Isyariana) membawa harapan baru. Ikmal dibelenggu dengan dilema antara konflik keluarga dan masa depannya. Apakah akan berlaku seterusnya? Siapakah Cikgu Nur? Buat julung kalinya, OST (original sound track) “Warkah” didendangkan oleh penyanyi Ariff Bahran secara live. Lagu adalah ciptaan Asfan dan lirik hasil nukilan Ahmad Fedtri Yahya. Di samping menghargai ‘Orang Berinsurans’, pembikinan filem ini juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan peranan PERKESO dalam melaksanakan aktiviti memupuk kesedaran pencegahan kemalangan dan pengoperasian kepada pencarum dan rakyat Malaysia secara amnya. Filem ini mengajak penonton supaya sentiasa tabah dan berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik biarpun ditimpa musibah. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Paparan amalan cara kerja yang selamat dan sihat dalam apa-apa jua keadaan dalam filem ini diharapkan dapat dipraktikkan seterusnya menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian para penonton. Selain itu, filem ini turut memaparkan nilai-nilai murni yang seharusnya disemai dalam jiwa masyarakat Malaysia serta dijadikan budaya demi membentuk masyarakat yang prihatin, peka dan bersatu padu sekali gus memacu Malaysia ke arah negara maju. Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO 7 OGOS 2019 *BARISAN PELAKON Shahili Asbdan @ Namron Mohd Syazwan Zulkifli Mohd Wafiy !lhan Johan Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan: Isyariana Che Azmi (Isyariana AF 2016) *Pelakon Pembantu Siti Azlina Anuar Nur Lylialyne Sally Awil Wong Yok Kim Lim Kung Seng Rosli Mad Zin Mutalif Abu Bakar Shasha Mutalif *NOTA PRODUKS! Pengarah Penerbit Penerbit Eksekutif PERKESO Penerbit Eksekutif Penyunting Penulis Skrip Panel Skrip PERKESO Gubahan Muzik Kamil Sufi Ikmal Hana Cikgu Nur Cikgu Mia Cikgu Min Mak Ong Ong Pak Tam ‘Jalal Cikgu Taska Opie Zami Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed Dr. Azlan bin Darus /Harun bin Bakar/Ismail bin Harun Amir bin Zainudin Mohamed Sufiandin Wahid Opie Zami / Ain Fazrin Ismail Harun/Harun Bakar/Mohamad Fauzi Haji Ja’afar Ismail Abi Hashim/Dr Edrin Nazri Abdul Rasib Mohd Sukri Hassan Opie Zami ‘Filem terbitan Opy Global Pictures Sdn Bhd dengan usahasama Bersama PERKESO’ Post navigation CENTRAL I-CITY & SUBANG PARADE CAWANGAN BUTIK TERBARU SITI KHADIJAH SIARAN SERTA-MERTA Rasa cinta dan mendekati Rasulullah SAW