Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Rasa cinta dan mendekati Rasulullah SAW
  • ATTRACTION

Rasa cinta dan mendekati Rasulullah SAW

Helmi Aziz August 8, 2019 (Last updated: August 8, 2019) 2 minutes read

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2019 – Kehebatan Tamadun Islam tidak boleh dinafikan kerana sejarah telah membuktikan memiliki kegemilangan yang panjang bukan sahaja menyinari dunia Islam tetapi menyumbang kepada kebangkitan peradaban dan kemajuan di barat sehingga hari ini.

Banyak artifak dan peninggalan berkaitan sumbangan Islam terhadap dunia masih boleh dilihat sehingga kini dan tidak lain adalah bertitik-tolak daripada peranan dan amanah besar yang dimainkan Rasulullah SAW.

Justeru, penganjuran di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) amat bertepatan sekali dalam mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW.

Pameran anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd. yang dianjurkan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi kehadiran pengunjung selain menjadi platform bagi pengunjung untuk melihat sendiri artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW. Antara artifak yang dipamerkan adalah Rambut, Janggut, Darah Bekam, Serban, Tongkat, Bekas Air Zamzam, Pasir Makam Rasulullah SAW dan Kunci Makam tersebut.

Artifak-artifak lain adalah seperti Pedang Muaz Bin Jabal, Pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan Kunci Makam Saiditina Fatimah.

Turut dipamerkan senjata dan kelengkapan perang peninggalan Kerajaan Uthmaniah.

Dalam pameran ini, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat-maklumat menarik berkaitan semua artifak yang dipamerkan antaranya sirah Rasulullah, peristiwa peperangan dalam sejarah Islam, gerakan penyebaran Islam serta maklumat tentang para sahabat.

Menurut Dato Adi Putra , penganjuran pameran ini adalah satu langkah yang positif dalam memberi pendedahan serta menambah pengetahuan pengunjung tentang Islam bagi golongan muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

 “Ini merupakan satu usaha yang baik dalam menarik minat pengunjung untuk lebih mengenali sejarah Rasulullah SAW serta Islam menerusi pameran artifak yang sarat dengan info-info berkaitan.

“Kami merancang agar pameran di PWTC ini akan menjadi satu acara tahunan dan membawa pameran ini ke negara – negara lain seperti Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Filipina dan banyak lagi,” katanya.

Adi Putra berharap, peluang menjejakkan kaki ke ruang pameran berkenaan dapat mendekatkan diri dengan baginda serta meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

“Pengunjung pasti merasa teruja dapat melihat sendiri artifak ini di depan mata. Hanya dengan melihat pameran ini, dapat meningkatkan rasa cinta dan merasa dekat dengan Rasulullah SAW.

“Malah, pengisian pameran berkenaan sedikit sebanyak menerbitkan rasa rendah diri dan keinsafan diri untuk lebih mengenali Islam dengan lebih mendalam,” katanya.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: WARKAH
Next: Saintis UPM cipta Peptida Antibeku

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.