Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Wardah, Kahf terus sokong taja World #QuranConvention 4.0

Wardah, Kahf terus sokong taja World #QuranConvention 4.0

Helmi Aziz November 29, 2023 3 minutes read
2442179.jpg

SHAH ALAM – Pharmacore Technology & Innovation San Bhd, melalui jenama Wardah dan Kahf memberi sokongan dan tajaan bagi menjayakan World #QuranConvention dalam mewujudkan impak positif kepada ummah serta menormalisasikan penggunaan al-Quran sebagai kompas memaknai kehidupan.

Pegawai Perhubungan Awam, Pharmacore Technology & Innovation Sdn Bhd, Syukrina Mokhtar berkata, Wardah dan Kahf menjadi penaja World #QuranConvention bagi tahun kedua.

“Pada tahun ini, pihak syarikat berbesar hati untuk memberi tajaan wang tunai berjumlah RM70,000 dan barangan produk yang bernilai RM87,000 untuk peserta World #QuranConvention.

“Melalui program seperti World #QuranConvention, ini memberi peluang bagi Wardah dan Kahf untuk mendekati pengguna. Di reruai, kami mengadakan beberapa aktiviti menarik, potongan harga istimewa serta hadiah yang khusus untuk peserta konvensyen tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Berkongsi maklumat mengenai produk syarikat, ujar beliau, Wardah dan Kahf telah berada di pasaran untuk menyediakan produk kecantikan dan penjagaan diri yang halal dan berkualiti tinggi.

Sebagai sebuah perusahaan milik Muslim, pihak syarikat bermotivasi tinggi untuk memastikan umat Islam dapat menikmati produk kecantikan harian mereka tanpa bimbang sama ada sumbernya dibenarkan dalam Islam atau tidak.

“Pada awal tahun ini, jenama kami sudah berjaya mendapatkan pengiktirafan Halal dari JAKIM. Ini memberi keyakinan kepada pengguna.

“Wardah diinspirasikan untuk wanita, manakala Kahf adalah untuk lelaki kerana kami memahami kedua-duanya mempunyai keperluan, gaya hidup dan masalah kulit yang berbeza,” katanya.

Tambah Syukrina, dari segi tanggungjawab sosial korporat, Ibu Pejabat Paragon di Indonesia menyalurkan sumbangan kepada saudara Islam di Palestin dalam bentuk wang tunai, ubat-ubatan, makanan, pakaian, bantuan pendidikan serta kit penjagaan kebersihan diri daripada jenama syarikat tersebut.

“Team Wardah dan Kahf di Malaysia turut melakukan perkara yang sama. Pihak kami memang aktif dalam menyertai pelbagai acara keagamaan di Malaysia, melalui sokongan dalam pelbagai bentuk sama ada wang tunai mahupun produk.

Sinar Harian

“Saya berharap majlis ini sentiasa dapat meneruskan komitmen dan kempen dapat lebih besar dari semasa ke semasa. Bersama Wardah dan Kahf, semoga WUIF berjaya menjalankan acara ini dan memberi impak sebenar untuk mencapai misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah,” katanya.

Seramai 1800 peserta dijangkakan menyertai konvensyen World #QuranConvention bertemakan Serve To Be Served: A Divine Guidance From Surah Al-Insan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Bayyinah Institute selama sehari itu di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA Sepang pada 2 Disember ini.

Antara penceramah jemputan ialah Ustaz Nouman Ali Khan dari Amerika Syarikat sebagai Pengarah World #QuranConvention 2023, Imam Besar Masjid Istiqlal, Profesor Dr KH Nasaruddin Umar, Pengasas Ibn ‘Ashur Centre, Dr Sohaib Hussein.

Mereka berkongsi ilmu dalam menangani sesuatu isu, serta pengalaman dari perspektif negara masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai World #QuranConvention 2023, sila layari World #QuranConvention (worldquranconvention.com)

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: DAPUR TEMPUR SELEBRITI PASANGAN IBU DAN ANAK YANG MANAKAH LEBIH GEMPAK?
Next: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.