Rahsia untuk cantik itu bermula dengan rutin penjagaan kulit pada waktu malam. Namun anda biasanya mengutamakan rutin penjagaan kulit pada waktu siang. Sebenarnya, rutin penjagaan pada waktu malam penting dan perlu diambil berat. Barulah anda akan kelihatan lebih cantik bila bangun pagi.
Di sini disediakan enam tip yang boleh anda amalkan setiap malam sebelum tidur. Mahu cantik kena berusaha sedikit demi mengekalkan kecantikan wajah dan kesegaran tubuh badan tatkala bangun dari tidur nanti.
Tip tersebut adalah;
- Bersihkan wajah
Walau penat sekalipun rutin ini harus dibuat. Ia bagi membuang sisa solekan, debu dan peluh yang melekat pada wajah. Jika tidak proses pertumbuhan semula kulit akan terbantut. Malah mungkin wajah akan ditumbuhi jerawat, gatal dan iritasi.
- Sapu pelembap malam
Ramai yang tidak suka pelembap kerana merasa wajah akan melekit ketika tidur. Sebenarnya jika anda pakai pelembap ia membantu mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur. Terutama jika anda tidur di tempat sejuk atau berhawa dingin. Apabila kulit kering, penuaan cepat berlaku.
- Berus gigi
Banyak kajian menyatakan tabiat tidak menggosok gigi sebelum tidur boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius. Antaranya seperti masalah jantung. Jadikan ia rutin secara kosisten sebelum tidur untuk mengurangkan risiko penyakit. Bukankah tidur anda akan menjadi lebih selesa bila gigi bersih.
- Minum segelas air lemon
Manfaat air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Kulit akan lebih anjal dan berseri-seri apabila bangun tidur. Ia juga membantu mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga serta emosi.
- Guna masker
Tip terakhir sebelum tidur amalkan pemakaian masker atau topeng penjagaan kulit. Ia penjagaan tambahan untuk kulit, cukup diamalkan tiga atau empat kali seminggu.
- Muhasabah diri
Sebelum tidur lebih elok anda muhasabah diri, meminta maaf pada pasangan dan sesiapa sahaja serta buang unsur negatif dalam diri. Amalkan zikir dan doa sebelum tidur. Semua ini mampu menghilangkan tekanan, membuatkan tidur lebih lena dan sekaligus menyerlahkan wajah yang menawan ketika bangun daripada tidur.