Vivo Malaysia memperkenalkan vivo V80 terbaharu dengan reka bentuk yang menggabungkan estetika moden, inovasi teknologi dan kebebasan mengekspresikan identiti diri menerusi slogan “Shine as We Are”.
Menampilkan warna baharu Starwish Purple, telefon pintar ini turut membawa teknologi ZEISS 100mm Center-Stage Portrait yang membolehkan pengguna menghasilkan potret lebih ekspresif dengan menonjolkan personaliti subjek.
Reka Bentuk Stellar 3D yang Menyerlah dari Setiap Sudut
Antara tarikan utama vivo V80 ialah kemasan Starwish Purple yang diinspirasikan daripada keindahan galaksi berbintang. Menerusi teknologi Laser Holographic Lithography, peranti ini memperkenalkan True 3D Stellar Design yang menghasilkan ilusi kedalaman dan pergerakan menerusi pantulan cahaya.
Pembangunan reka bentuk tersebut mengambil masa dua tahun dengan penggunaan lebih 20 bahan khas serta teknologi litografi skala nano untuk menghasilkan 3,600 imej 4K pada bahagian penutup belakang.
Selain itu, vivo V80 turut dilengkapi reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass yang menggabungkan penutup belakang dan modul kamera dalam satu permukaan yang lancar. Reka bentuk ini memberikan penampilan lebih kemas dan elegan, selain memastikan keselesaan untuk kegunaan harian.

ENHYPEN JUNGWON, JAKE dan SUNGHOON Dilantik sebagai vivo Friends
Melengkapkan kempen “Shine as We Are”, vivo mengumumkan tiga anggota kumpulan K-pop popular ENHYPEN, iaitu JUNGWON, JAKE dan SUNGHOON sebagai vivo Friends di beberapa pasaran Asia Pasifik.
Kerjasama ini mengetengahkan gabungan fesyen, seni fotografi potret dan ekspresi kreatif yang mencerminkan personaliti tersendiri setiap individu.
Pemilihan ketiga-tiga anggota ENHYPEN turut menggambarkan semangat generasi Z yang berani, dinamik dan yakin mengekspresikan identiti masing-masing.
Menerusi ciri seperti ZEISS Center-Stage Portrait dan AI Creative Camera, vivo V80 memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk menghasilkan gambar kreatif serta berkongsi detik bermakna melalui perspektif tersendiri.
ZEISS 100mm Center-Stage Portrait untuk Hasil Potret Lebih Ekspresif
Dari aspek fotografi, vivo V80 menampilkan ZEISS 100mm Center-Stage Portrait yang direka untuk menghasilkan potret jarak dekat dengan penekanan terhadap subjek utama.
Ciri ini turut dilengkapi ZEISS Planar Style Bokeh dan ton platinum dengan ketepuan warna lebih rendah bagi menghasilkan penampilan visual yang lembut dan elegan.
Dengan panjang fokus 100mm, kamera berupaya mengasingkan subjek daripada latar belakang secara semula jadi, sekali gus mengurangkan gangguan visual daripada persekitaran dan memastikan perhatian tertumpu kepada individu yang dirakam.
Tempahan Awal vivo V80 Tawarkan Ganjaran Bernilai Sehingga RM2,042

vivo V80 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 November 2026 dan kini dibuka untuk tempahan awal sehingga 27 November 2026.
Menerusi tawaran tersebut, pembeli berpeluang menikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,042, termasuk rebat RM200 dan vivo All-in-One Gift Set bernilai RM518.
Set hadiah berkenaan merangkumi vivo Buds Air 3, power bank vivo 33W 10,000mAh, V Selection Watch V5 dan Magnetic Phone Tripod.
Pembeli turut menikmati faedah vivo Care bernilai RM556 serta tawaran pembelian tambahan (PWP). Pilihan pembayaran fleksibel juga disediakan, termasuk diskaun RM150 melalui SPayLater atau PayLater by Grab dengan perbelanjaan minimum RM1,500, diskaun sehingga RM200 melalui Atome, rebat ansuran bank terpilih sebanyak RM100 dan rebat tukar beli sehingga RM300.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai vivo V80 dan promosi yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia atau mengikuti saluran media sosial rasmi vivo Malaysia di Facebook dan Instagram.












