HONOR Malaysia telah melancarkan pelan HONOR ALPHA Plan, menandakan peralihannya daripada jenama telefon pintar kepada syarikat ekosistem global berasaskan kecerdasan buatan (AI). Pelan ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang HONOR yang dibahagikan kepada tiga fasa penting, dengan objektif untuk mengintegrasikan AI dalam kehidupan pengguna secara menyeluruh.
Pada fasa pertama, HONOR memberi tumpuan kepada pembangunan telefon pintar yang menghubungkan ekosistem AI dengan pengguna. Dengan kerjasama bersama syarikat teknologi gergasi seperti Qualcomm dan Google, HONOR meneroka inovasi baru untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Perkembangan ini telah mula dilihat pada model HONOR Magic 7 Pro, yang hadir dengan pelbagai ciri canggih.
Fasa kedua pula membawa AI melangkaui telefon pintar dengan memperluaskan keupayaannya ke dalam ekosistem peranti lain seperti tablet, PC, peranti boleh pakai, dan mungkin juga robot. HONOR menyasarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan kesalinghubungan yang lebih pintar antara semua peranti mereka.
Fasa ketiga adalah tahap yang paling menarik, di mana HONOR membayangkan masa depan yang didorong oleh Kecerdasan Buatan Umum (AGI). Walaupun AI mungkin melebihi keupayaan manusia dalam beberapa aspek, HONOR percaya bahawa ia akan wujud sebagai pelengkap kepada manusia, membuka peluang baharu dalam kehidupan moden.
Dalam usaha memperkukuh ekosistemnya di Malaysia, HONOR memperkenalkan lima produk baharu dalam siri Semua Senario. Produk ini termasuk HONOR Pad X9a versi LTE, HONOR Pad V9, HONOR MagicBook X14 2025, HONOR Watch 5 dengan tali kulit hijau baharu, dan HONOR Earbuds Open.
Dengan kehadiran ekosistem lengkap ini, HONOR menjadi jenama Android pertama yang menawarkan pengalaman hidup pintar yang lebih sempurna. Dari hiburan ke produktiviti, kesihatan hingga kecergasan, pengguna kini boleh menikmati pelbagai manfaat daripada teknologi canggih HONOR.
Langkah ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan HONOR dalam membawa inovasi teknologi, tetapi juga membuktikan komitmennya dalam membentuk gaya hidup digital yang lebih pintar dan bersepadu. Dengan pelan ALPHA ini, HONOR bukan sekadar pengeluar telefon pintar, tetapi sebuah jenama yang menerajui era AI baharu.
Bagi pengguna di Malaysia, pelancaran ini memberi peluang untuk merasai sendiri kehebatan teknologi HONOR. Dengan pelbagai pilihan produk yang ditawarkan, kini lebih mudah untuk menikmati kesalinghubungan pintar dalam kehidupan harian.