Filem seram paling hangat tahun ini, Qifarah, kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara! Sempena tayangan ini, para penonton berpeluang memenangi Pakej Umrah yang ditaja khas oleh RA Group Travel dengan kerjasama Skop Productions dan Primeworks Studios. Inisiatif istimewa ini bukan sahaja memberi peluang menonton karya hebat di layar perak, tetapi juga membuka jalan untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci.
Untuk menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu menjawab dua soalan mudah iaitu, “Sup apa yang dimasak oleh Mawar untuk Yusoff?” dan “Ke manakah Yusoff dihantar semasa umurnya tujuh tahun?”. Selain itu, peserta dikehendaki melengkapkan slogan kreatif berbunyi, “Saya ingin menang pakej Umrah ini kerana…” dengan tidak melebihi 50 patah perkataan.
Setelah melengkapkan jawapan dan slogan, hantarkan penyertaan anda melalui mesej langsung (DM) ke akaun Instagram rasmi @primeworksstudios.film bersama bukti pembelian tiket filem Qifarah. Pastikan anda juga mengikuti akaun Instagram @primeworksstudios.film dan @skopofficial__ serta meninggalkan komen ‘done’ sebagai tanda penyertaan sah.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Oktober 2025 jam 11:59 malam. Pemenang akan dipilih berdasarkan ketepatan jawapan dan kreativiti slogan yang paling menarik.
Jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk menonton filem Qifarah di pawagam sambil berpeluang menunaikan Umrah bersama insan tersayang! Saksikan filem yang penuh debaran ini dan siapa tahu, rezeki anda menanti di Tanah Suci.