Aidilfitri Juwairiya berbeza selepas bergelar YB
PADA Pilihan Raya Umum lalu, nama Juwairiya Zulkifli yang berusia 33 tahun ketika itu tiba-tiba meledak. Masakan tidak, beliau merupakan calon bidan terjun menggantikan pilihan asal Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu semua gara-gara calon pilihan terdahulu tidak menepati peraturan. Pun demikian, wanita itu tetap dianggap layak dan mempunyai aura tersendiri. Ternyata, isu cukai barang dan…