World #QuranHour diadakan serentak di 20,000 lokasi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,000 lokasi berdaftar World #QuranHour diadakan secara serentak dalam Malaysia pada Selasa bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, bagi luar negara penganjurannya dijalankan menerusi 14 lokasi di 14 negara. “Di luar negara kita bekerjasama dengan kedutaan. Selain daripada…

Read More

World #QuranHour bina rasa cinta kepada al-Quran

KUALA LUMPUR – Program World #QuranHour merupakan titik tolak bagi membina rasa cinta terhadap al- Quran dalam kalangan masyarakat Islam seluruh dunia Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, ramai kalangan umat Islam masa kini tidak menjadikan kalam suci itu sebagai panduan dalam kehidupan. “World #QuranHour bukan semata-mata sebuah program keagamaan tetapi sebuah gerakan…

Read More

World #QuranHour di Masjid Albukhary meriah

ALOR SETAR – Lokasi utama penganjuran World #QuranHour 2022 di Masjid Albukhary, Jalan Langgar, di sini meriah dengan kehadiran kira- kira 400 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang. Wakil Rumah Ngaji Kedah, Saloni Mustaffa berkata, World #QuranHour di negeri ini diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) dan juga pertubuhan…

Read More

Hampir 600 jayakan World #QuranHour di Masjid Al-Alami

MELAKA – Masjid Al-Alami, MITC Ayer Keroh, di sini, menjadi saksi bergemanya alunan surah Al-Sajdah bersempena World #QuranHour yang berlangsung pada Selasa. Penyelaras program, Murad Amat berkata, Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd Ali Rustam bersama isteri hadir bagi memeriahkan program yang dimulakan dengan sesi tadarus al-Quran diikuti khatam al-Quran dan World #QuranHour. Menurutnya, program diadakan…

Read More

Peserta khatam al-Quran sertai World #QuranHour

SHAH ALAM – Program World #QuranHour mendapat sokongan dan penyertaan lebih daripada 100 orang di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa pada tahun ini. Pengerusi Biro Dakwah dan Pendidikan Masjid Mu’adz Bin Jabal, Datuk Azli Halim berkata, program tersebut dilakukan secara serentak dengan Program Khatam Quran Perdana yang akan berlangsung selepas World #QuranHour. “Ini merupakan kali…

Read More

World #QuranHour terap budaya al-Quran

CYBERJAYA – Pengajuran World #QuranHour memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya warga kerja Kumpulan Malakat Eco mengenai peri pentingnya menerapkan budaya al-Quran dalam kehidupan. Ketua Pegawai Eksklusifnya, Hilmi Ismail berkata, pihaknya menggalakkan semua kakitangan membaca dan memahami al-Quran dengan membuka kelas al-Quran. “Jika ada yang kadang-kadang membacanya atau langsung tidak tahu membaca, inilah peluangnya,” katanya ketika…

Read More

Hayati erti sujud melalui World #QuranHour

KUANTAN – Surah Al-Sajdah yang diangkat sebagai surah pilihan pada program World #QuranHour kali ini amat sesuai dalam membawa penghayatan umat Islam kepada erti sujud kepada ALLAH. Timbalan Pengarah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Dr Hasbullah Mohamad berkata, sujud itu sendiri berkait rapat dengan solat yang menjadi satu kewajipan…

Read More

Tunku Azizah cemar duli hadir World #QuranHour 2022

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2022 yang berlangsung di Studio TV Alhijrah pada Selasa. Tunku Azizah tiba di pekarangan bangunan TV Alhijrah pada jam 11.30 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan Surah Al-Sajdah yang dipilih sebagai surah utama dalam program tersebut. World…

Read More

World #QuranHour mampu naikkan imej Islam, pupuk budaya al-Quran

SHAH ALAM – Program World #QuranHour mampu menaikkan imej Islam, sekali gus memupuk pembudayaan al-Quran dalam kehidupan sama ada dari segi pembacaan, penghayatan dan amalan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan, agar semua organisasi, masjid, surau dan individu meluangkan masa selama satu jam, bermula jam 12 tengah hari esok (Selasa) di lokasi masing-masing…

Read More