ETCM lanjut kempen panggil balik ganti beg udara terjejas
EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) mengumumkan pelanjutan tambahan kempen panggil balik bagi pelanggan untuk menggantikan modul inflator beg udara pemandu dan penumpang bahagian depan. Hasil siasatan, kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di Malaysia telah dikenal pasti terjejas. Namun, setakat ini masih tiada laporan kemalangan atau…