RASAI KELAZATAN AYAM ZAMRUD – HIDANGAN EKSKLUSIF RAMADAN & SYAWAL DARI THE CHICKEN RICE SHOP
Menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal, The Chicken Rice Shop (TCRS) memperkenalkan Hikayat Ayam Zamrud, hidangan eksklusif yang memadukan tradisi dan inovasi kulinari. Diinspirasikan daripada semangat kebersamaan, sajian istimewa ini menampilkan ayam lembut yang dipadankan dengan sambal hijau pedas, herba beraroma, dan sentuhan perahan limau segar menjadikannya pilihan sempurna untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Menurut…