Sumairi buka peluang kepada OKU penglihatan pelajari al-Quran
“SAYA tidak mahu rumah sekadar tempat kediaman. Saya hendak hidupkan aktiviti al-Quran dengan membuka Rumah Ngaji di rumah sendiri di Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor.” Demikian niat murni yang disuarakan penggerak Rumah Ngaji @ Ibnu Ummi Maktum, Sumairi Zainol, 45, ketika berkunjung ke pejabat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Shah Alam, Selangor bersama isterinya, Rahimah Muhammad…