SC, KPKM tubuh jawatankuasa pemandu bantu usahawan tani
SURUHANJAYA Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pembiayaan-Tani Inovasi Malaysia (MIAF) untuk membantu usahawan tani berkembang dan menyokong keterjaminan makanan negara. Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, jawatankuasa pemandu itu adalah inisiatif kerjasama yang melibatkan KPKM, Agrobank, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan SC. “Jawatankuasa itu menyasar…