Bank Islam rekod untung bersih RM254.2 juta
BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) merekodkan peningkatan 14 peratus keuntungan bersih sebanyak RM254.2 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023 berbanding tempoh sama pada 2022. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, hasil Bank Islam meningkat 39.4 peratus kepada RM2.24 bilion (RM2,224.1 juta) dalam tempoh tersebut berbanding RM1.56 bilion…