Tag: #PianoBallad

  • Lebih Dekat dan Peribadi: Assia Keva Terjemah Simplicity Cinta Dalam “Moonlight”

    Lebih Dekat dan Peribadi: Assia Keva Terjemah Simplicity Cinta Dalam “Moonlight”

    Selepas kejayaan album mini live piano beliau pada Februari lalu, penyanyi-penulis lagu kelahiran Bali, Assia Keva, kembali mencuri tumpuan dengan pelancaran single terbaharu, “Moonlight (Stripped Down)”.

    Berbeza dengan penghasilan lagu yang rumit, “Moonlight” lahir daripada momen spontan di meja makan rumahnya pada tahun 2022. Hanya berbekalkan melodi gitar ringkas daripada seorang rakan, Assia berjaya menyiapkan lirik dan melodi lagu ini dalam tempoh yang sangat singkat.

    “Mungkin ‘Moonlight’ adalah antara lagu terpantas yang pernah saya hasilkan. Saya menyiapkannya dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja tanpa memikirkan struktur atau peraturan muzik. Semuanya adalah perasaan tulen seorang remaja berusia 16 tahun ketika itu,” ujar Assia.

    Lagu yang asalnya tersimpan sebagai demo separuh jalan ini akhirnya ditemui semula secara tidak sengaja. Ketika sesi rakaman bersama penerbit Kevin Suwandhi, mereka memutuskan untuk memanfaatkan baki masa di studio bagi merakam semula “Moonlight”.

    Keputusan untuk mengekalkan format minimalistik—hanya gabungan vokal lunak Assia dan petikan piano—memberi jiwa baharu kepada naskhah ini. Pendekatan stripped down ini sengaja dipilih bagi menyerlahkan mesej kesederhanaan cinta yang ingin disampaikan.

    Bagi Assia, “Moonlight” adalah bukti bahawa karya yang paling indah sering kali datang daripada kejujuran yang paling ringkas. Walaupun pernah dilupakan seketika, beliau menyedari keistimewaan lagu ini terletak pada emosinya yang sangat mendalam.

    “Moonlight (Stripped Down)” kini boleh dinikmati di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.