
Sedania catat keuntungan lima suku tahunan berturut-turut
SEDANIA Innovator Berhad mencatatkan keuntungan untuk lima suku tahunan berturut-turut apabila merekodkan keuntungan bersih RM510,000. Pengarah Urusannya, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, pada suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2022 (1Q22), syarikat itu menerima perolehan sebanyak RM9.04 juta. Menurutnya, berbanding tempoh sama sebelum ini, kumpulan merekodkan keuntungan bersih RM4.89 juta dengan pendapatan sebanyak RM17.07 juta….