Perdagangan Malaysia bagi Januari-Oktober tahun ini lepas RM2 trilion
PERDAGANGAN Malaysia melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, mencecah nilai RM2.181 trilion dengan eksport berjumlah RM1.186 trilion manakala import bernilai RM995.55 bilion. Menurut kenyataan pada Isnin, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 8.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala…