PARAXNORMAL Menyatukan Unsur Psikologi, Komedi Gelap dan Kisah Persahabatan
Paraxnormal hadir sebagai sebuah filem seram psikologi komedi yang menawarkan nafas baharu dalam sinema tempatan. Dihasilkan oleh Nanord Studio Production, karya ini merangkumkan elemen seram, psikologi, humor gelap serta pergolakan persahabatan. Penerbitnya, Nurul Ain Nordin menjelaskan bahawa Paraxnormal tidak hanya mengangkat kisah makhluk ghaib, sebaliknya menyelami sisi gelap manusia seperti tamak, dendam dan pengkhianatan. Idea…