StanChart unjur KDNK Malaysia 7.0 peratus

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka kembali melebihi paras sebelum pandemik dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 kepada 7.0 peratus daripada 6.2 peratus berdasarkan pertumbuhan KDNK suku pertama yang lebih kukuh daripada jangkaan, menurut Standard Chartered Bank (StanChart). Bank turut mengekalkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2022 berjumlah 75 mata asas…

Read More

Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5.0 peratus suku pertama 2022

EKONOMI Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022 berbanding penguncupan 0.5 peratus pada suku yang sama 2021, disokong terutama oleh permintaan domestik yang bertambah baik apabila kegiatan ekonomi terus kembali normal dengan pelonggaran langkah-langkah pembendungan. Pada kadar ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menetapi unjuran yang dibuat penganalisis ekonomi yang optimis…

Read More

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman KDNK

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, kata penganalisis. Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3900/3950 berbanding dolar AS daripada 4.3935/3945 ketika ditutup pada Khamis. Rakan Kongsi Pengurusan, SPI…

Read More

KDNK Malaysia dijangka berkembang tahun ini

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus bertambah baik dengan berkembang antara 5.3 dan 6.3 peratus pada tahun 2022, meningkat daripada pertumbuhan 3.1 peratus pada 2021. Ini akan disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan luar, penarikan balik sepenuhnya langkah-langkah pembendungan, pembukaan semula sempadan antarabangsa dan keadaan pasaran buruh/tenaga kerja yang semakin…

Read More

Unjuran KDNK 2022 boleh dicapai susulan pembukaan semula sempadan

JAKARTA – Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini berikutan pembukaan semula sempadan negara minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata, perkembangan terbaharu ini akan memberi kesan yang sangat positif kepada ekonomi terutamanya sektor perkhidmatan. Katanya, pembukaan sempadan amat dinantikan…

Read More

Pakar unjur KDNK 5.5 peratus tahun ini

PAKAR mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah pada kadar 5.5 peratus bagi tahun 2022 berbanding hanya 3.1 peratus pada tahun lalu. Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, unjuran tersebut diberi memandangkan keputusan yang dibuat kerajaan untuk membuka sempadan negara pada 1 April depan….

Read More

MITI yakin Malaysia capai KDNK 5.8 peratus tahun ini

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin Malaysia mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus seperti yang diunjurkan Bank Dunia. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, unjuran itu dapat dicapai pada tahun ini dengan sokongan Majlis Pemulihan Negara (MPN), pihak swasta, industri dan…

Read More

KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 6.1 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang dengan mencatatkan peningkatan semula sebanyak tiga mata peratusan kepada 6.1 peratus tahun ke tahun pada 2022. Menurut Public Investment Bank Bhd, unjuran itu akan dipacu oleh keadaan luaran yang menggalakkan dengan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya oleh ekonomi utama memberikan rangsangan tambahan kepada momentum pertumbuhan….

Read More

KDNK Malaysia pulih 3.6 peratus suku keempat 2021

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada suku tahun keempat 2021 (ST4 2021) pulih 3.6 peratus seiring dengan pertumbuhan kukuh eksport dan import pada suku tahun ini. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK meningkat sebanyak 6.6 peratus…

Read More

KDNK suku keempat 2021 Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus tahun ke tahun bagi suku keempat 2021 berbanding penguncupan 4.5 peratus pada suku sebelumnya, menurut Moody’s Analytics. Firma tersebut turut menjangkakan kekukuhan eksport yang berterusan dan peningkatan semula penggunaan swasta menyokong prestasi ekonomi suku akhir Malaysia. “Kenaikan kembali kes Covid-19 secara ketara…

Read More