FAJAR NOOR HANGATKAN KUALA LUMPUR DENGAN NAFAS CINTA DARI INDONESIA MENERUSI ‘TAHTA HATIKU #PENDAMPINGMU’ & ‘MENJAGA HATI’
Fajar Noor, penyanyi muda dari Indonesia yang mula dikenali menerusi pencapaiannya sebagai finalis tempat kedua dalam musim ke-13 Indonesian Idol, kini melangkah ke pentas antarabangsa dengan memilih Malaysia sebagai destinasi pertama luar negara untuk mempromosikan karya muziknya. Kunjungannya ke Kuala Lumpur selama tiga hari menjadi langkah awal untuk memperkenalkan bakat dan muziknya kepada khalayak yang…