
Tony Fernandes umum undur diri
PENGASAS bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes akan mengundurkan diri daripada semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila perkara itu akan berlaku. Dalam satu ciapan di Twitter hari ini, Tony Fernandes berkata, keputusan itu diambil untuk menaikkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya…