Perodua jalankan penilaian terperinci susulan pengumuman Daihatsu
Perodua akan berkongsi hasil perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia dengan semua pelanggannya dalam masa terdekat. PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang menjalankan penilaian terperinci berkaitan dengan pengumuman Daihatsu Motor Co Ltd (DMC) mengenai penggantungan model-modelnya disebabkan oleh ‘ketidakaturan prosedur’. “(Kami) sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan ini terhadap kenderaan keluaran…