
Begitu besarnya rahmat apabila bangun sebelum subuh
PERASAN atau tidak, apabila menjelangnya waktu subuh, kepala kita akan terasa berat. Mata pula bagaikan ‘digam-gam’ seolah-olah sukar hendak celik. Badan pula terasa malas hendak bangun dan meninggalkan bantal dan selimut. Barangkali situasi itu pernah berlaku pada diri kita. Ya, itulah ‘ikatan’ syaitan yang cuba menghasut manusia supaya tidak bangun awal pagi dan solat Subuh….