SUNWAY Pyramid melancarkan aplikasi mudah alih yang dilengkapi navigasi premis masa nyata bagi memudahkan pengunjung mencari lokasi khusus di pusat membeli-belah itu.
Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkata, aplikasi itu adalah satu kaedah untuk memberi pengunjung kemudahan, ganjaran eksklusif dan kandungan yang sesuai dalam suasana beli-belah lebih menyeronokkan.
“Aplikasi ini menggunakan teknologi ‘indoor’ Google Maps dan isyarat WiFi untuk menjejak posisi pengguna dengan tepat dalam bangunan empat aras itu.
Jadi pengunjung tidak perlu membazir masa mencari kaunter pertanyaan atau direktori untuk menuju ke lokasi diingini,” katanya.
Sunway Pyramid bekerjasama dengan Google Indoor Maps untuk mengintegrasikan aplikasi mudah alih dengan enjin peta Google bagi versi aplikasi akan datang.